Connect with us

Terkini

Sekolah ditutup jika IPU lebih 200

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sekolah ditutup jika IPU lebih 200
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kanan).
  • Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.
  • Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pihak sekolah diminta sentiasa memantau bacaan IPU sebelum membuat sebarang tindakan.
  • “Setakat ini jika bacaan IPU lebih 100 memang kita hentikan serta merta aktiviti luar. Yang lain tu kita sentiasa pantau, sekiranya bacaan lebih daripada 200, sekolah akan tutup dan PdPR akan dilaksanakan, jadi kita minta semua sekolah pantau dan patuhi garis panduan,” kata Fadhlina, di sini.

GENTING HIGHLAND – Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Bagaimanapun menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pihak sekolah diminta sentiasa memantau bacaan IPU sebelum membuat sebarang tindakan.

“Setakat ini jika bacaan IPU lebih 100 memang kita hentikan serta merta aktiviti luar. Yang lain tu kita sentiasa pantau, sekiranya bacaan lebih daripada 200, sekolah akan tutup dan PdPR akan dilaksanakan, jadi kita minta semua sekolah pantau dan patuhi garis panduan,” kata Fadhlina, di sini.

Pada Ahad, beliau meminta pihak sekolah mematuhi garis panduan disediakan, antara lain menetapkan tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan jika bacaan IPU melebihi 100 berikutan beberapa kawasan di negara ini dilanda jerebu.

Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah diminta mengambil langkah pencegahan jika bacaan IPU mencapai status tidak sihat.

Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), sekolah perlu ditutup serta merta jika catatan IPU melebihi 200.

Jika bacaan IPU melebihi 100, pihak sekolah terbabit dikehendaki menghentikan segala aktiviti luar bilik darjah melibatkan semua murid, manakala aktiviti keramaian atau sukan di luar bangunan disarankan supaya ditangguhkan.

Kementerian Pendidikan KPM melalui kenyataan di laman sosial rasmi berkata, KPM akan sentiasa memastikan kebajikan, keselamatan dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah dipelihara.

Setakat pukul 5.00 petang semalam, tiga kawasan mencatat IPU tidak sihat, iaitu Cheras 154 ; Nilai 155 dan Seremban 115.

Mengikut catatan itu, semua sekolah dalam kawasan berkenaan hendaklah menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah dan diminta mengambil langkah pencegahan sewajarnya bagi menjaga aspek kebajikan, keselamatan serta kesihatan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

Sumber: Berita RTM

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *