Connect with us

Antarabangsa

Paderi anjur ‘pesta gay’ di gereja Katolik Poland

Seorang paderi sebuah gereja Katolik bersejarah di Poland didakwa menganjurkan pesta gay dalam kawasan gereja selain turut menafikan akses perubatan kepada pekerja seks yang tidak sedarkan diri semasa kejadian.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Paderi anjur ‘pesta gay’ di gereja Katolik Poland
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang paderi sebuah gereja Katolik bersejarah di Poland didakwa menganjurkan pesta gay dalam kawasan gereja selain turut menafikan akses perubatan kepada pekerja seks yang tidak sedarkan diri semasa kejadian.
  • Parti liar yang berlaku di bandar Dabrowa Gornicza selatan Poland itu kecoh setelah dilaporkan akhbar harian Gazeta Wyborcza minggu lalu.
  • Sumber pihak penguatkuasa tempatan memberitahu bahawa insiden itu berlaku pada Ogos lalu.
  • Parti yang dilaporkan itu dianjurkan paderi di Basilica of Saint Mary of the Angels, sebuah mercu tanda bandar neo-gotik di Poland yang dibina pada permulaan abad ke-20.
  • Penganjur perhimpunan dikenali sebagai ‘Father Tomasz Z’ bertindak menjemput rakan-rakan paderi bersama seorang pelacur lelaki ke pangsapuri rasminya di gereja itu, lapor akhbar tersebut.

Seorang paderi sebuah gereja Katolik bersejarah di Poland didakwa menganjurkan pesta gay dalam kawasan gereja selain turut menafikan akses perubatan kepada pekerja seks yang tidak sedarkan diri semasa kejadian.

Parti liar yang berlaku di bandar Dabrowa Gornicza selatan Poland itu kecoh setelah dilaporkan akhbar harian Gazeta Wyborcza minggu lalu.

Sumber pihak penguatkuasa tempatan memberitahu bahawa insiden itu berlaku pada Ogos lalu.

Parti yang dilaporkan itu dianjurkan paderi di Basilica of Saint Mary of the Angels, sebuah mercu tanda bandar neo-gotik di Poland yang dibina pada permulaan abad ke-20.

Penganjur perhimpunan dikenali sebagai ‘Father Tomasz Z’ bertindak menjemput rakan-rakan paderi bersama seorang pelacur lelaki ke pangsapuri rasminya di gereja itu, lapor akhbar tersebut.

Pertemuan mereka dikatakan “bersifat seksual” melibatkan ubat-ubatan membantu ereksi, sehingga pada satu tahap apabila “keadaan menjadi tidak terkawal,” gigolo itu tidak sedarkan diri lalu mendesak mereka menghubungi ambulans.

Setibanya paramedik, kelakuan penuh skandal kumpulan itu nyaris menjadi jenayah apabila ada paderi didakwa tidak membenarkan kru kecemasan memasuki premis.

Pasukan penyelamat yang percaya nyawa individu itu berisiko bertindak menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.

Jurucakap pendakwa raya daerah memberitahu Wyborcza bahawa menghalang bantuan perubatan seperti dalam kes sedemikian boleh disabitkan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Surat permohonan maaf ditulis Biskop Grzegorz Kaszak yang dibacakan kepada semua sidang gereja kawasan uskup itu dalam upacara perkumpulan Ahad minggu lalu. 

Kaszak turut berikrar bahawa “tidak akan ada persetujuan terhadap kejahatan moral.”

Pegawai atasan kepada paderi bersalah itu juga memaklumkan Jumaat minggu lalu bahawa pelaku telah dilucutkan daripada semua tugasan gereja dan kini menolak dihubungi pihak akhbar.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *