Connect with us

Terkini

NGO-NGO Islam Sarawak minta Pentadbir Sekolah Mubaligh lihat Palestin isu kemanusiaan, bukan hanya isu agama

Pihak Pentadbiran Sekolah-sekolah Mubaligh (Mission) di Sarawak digesa untuk melihat isu Palestin bukan sahaja dari aspek agama, malah dari aspek kemanusiaan yang wajar dijadikan iktibar.

Wartawan TMT

Published

on

NGO-NGO Islam Sarawak minta Pentadbir Sekolah Mubaligh lihat Palestin isu kemanusiaan, bukan hanya isu agama
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihak Pentadbiran Sekolah-sekolah Mubaligh (Mission) di Sarawak digesa untuk melihat isu Palestin bukan sahaja dari aspek agama, malah dari aspek kemanusiaan yang wajar dijadikan iktibar.
  • Gesaan itu dibuat Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Sarawak membantah tindakan Mission menghalang sekolah-sekolah Mubaligh Bantuan Kerajaan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin seperti diminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Pihak terbabit dalam kenyataannya berkata, ramai warga Palestin di Gaza, Palestin, menjadi korban serangan rejim zionis Israel, termasuk bukan Islam.
  • “Kita tidak mahu anak-anak ini menjadi mangsa kepada putar-belit fakta yang meragukan yang kini sedang giat dijalankan oleh media massa yang pro penjajah Israel di media sosial dan media hiburan,” kata PKMS dan NGO-NGO Islam Sarawak dalam kenyataannya hari ini.
  • Setakat kenyataan ditandatangani 28 NGO Islam di Sarawak itu dibuat, sekurang-kurangnya 7,700 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita, Islam dan bukan Islam, menjadi mangsa serangan ganas rejim zionis Israel di Gaza, Palestin.

KUALA LUMPUR – Pihak Pentadbiran Sekolah-sekolah Mubaligh (Mission) di Sarawak digesa untuk melihat isu Palestin bukan sahaja dari aspek agama, malah dari aspek kemanusiaan yang wajar dijadikan iktibar.

Gesaan itu dibuat Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Sarawak membantah tindakan Mission menghalang sekolah-sekolah Mubaligh Bantuan Kerajaan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin seperti diminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pihak terbabit dalam kenyataannya berkata, ramai warga Palestin di Gaza, Palestin, menjadi korban serangan rejim zionis Israel, termasuk bukan Islam.

“Hak anak-anak sekolah untuk mengetahui apa yang berlaku sekeliling mereka tidak perlulah dinafikan atas nama toleransi sedangkan yang memikul tanggungjawab tersebut pada masa akan datang ialah anak-anak yang bakal dinafikan hak tersebut. 

“Kita tidak mahu anak-anak ini menjadi mangsa kepada putar-belit fakta yang meragukan yang kini sedang giat dijalankan oleh media massa yang pro penjajah Israel di media sosial dan media hiburan,” kata PKMS dan NGO-NGO Islam Sarawak dalam kenyataannya hari ini.

Setakat kenyataan media ditandatangani 28 NGO Islam di Sarawak itu dibuat, sekurang-kurangnya 7,700 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita, Islam dan bukan Islam, menjadi mangsa serangan ganas rejim zionis Israel di Gaza, Palestin.

PKMS dan NGO-NGO Islam di Sarawak turut menyangkal dakwaan Mission yang menuduh Pengarah Pendidikan Sarawak berbohong berkenaan isu pengeboman Hospital Al-Ahli di Gaza oleh rejim Israel.

Advertisement

“Ditambah dengan tohmahan yang sangat berat dihalakan kepada Pengarah Pendidikan Sarawak dengan menuduh Pengarah Pendidikan dengan sengaja berbohong bahawa pengeboman hospital Al-Ahli di Gaza pada 18 Oktober 2023 telah dimulakan oleh Israel

““accusingly stated that the Al Ahli Hospital was bombed by Israel when the sad tragedy which killed hundreds of people was in fact – according to numerous reports – the result of a misfired missile from within Gaza itself.”

“Sebaliknya kenyataan media mereka juga mengatakan, peluru berpandu pejuang Palestinlah yang tersasar di hospital tersebut mengakibatkan ratusan nyawa melayang. Sedangkan apa yang telah diberitakan dari kedua-dua pihak dan disaksikan oleh seluruh dunia, Israellah yang menyerang hospital tersebut,” kata kenyataan itu.

PKMS dan NGO-NGO Islam di Sarawak turut menyambut baik pelbagai inisiatif dibuat Majlis Agama Islam Sarawak antaranya dengan mengadakan munajat dan solat sunat hajat untuk kebaikan Palestin.

“Isu Palestin bagi umat Islam sangat dekat baik dari segi akidah mahupun keadilan sejagat. Ia juga berkait dengan kesejahteraan umat Islam secara keseluruhan sebagai isu kemanusiaan terburuk dalam sejarah dunia moden. 

“Biarlah umat Islam bersolidariti dengan niat untuk menyatukan hati dan memberi pengalaman luar bilik darjah yang berguna dalam mempromosi keamanan dan kemanusiaan. Semua agama di dunia inginkan kesejahteraan dan cinta kepada kedamaian. 

Advertisement

“Kami menyeru semua masyarakat di Sarawak supaya sama-sama mengimbau apa yang berlaku di Palestin bukanlah isu agama semata-mata, ia merupakan tragedi kemanusiaan yang perlu dihentikan atas nama perikemanusiaan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Uskup Kuching menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Minggu solidariti Palestin di institusi pendidikan bawah KPM yang diadakan untuk menunjukkan sokongan kepada negara dijajah rejim zionis Israel itu.

Namun, terdapat pihak yang bersetuju dan yang menentang pelaksanaan Minggu solidariti Palestin di institusi pendidikan di bawah KPM berkenaan. 

Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Oktober hingga 3 November depan yang digalakkan untuk dianjurkan institusi pendidikan di bawah KPM, termasuk sekolah, bertujuan menyatakan solidariti warga Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza yang kini diserang rejim zionis Israel. – The Merdeka Times.

Author

Advertisement

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending