Connect with us

Terkini

NGO disaran bantu Palestin dengan projek lebih mampan, kurangkan projek ‘one-off’ – Nadir Al-Nuri

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat Malaysia disaran membantu membangunkan Palestin menerusi projek lebih mampan, berimpak tinggi dan menyelesaikan masalah dihadapi penduduk di sana.

Hidayah Sani

Published

on

NGO disaran bantu Palestin dengan projek lebih mampan, kurangkan projek ‘one-off’ – Nadir Al-Nuri
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
  • Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat Malaysia disaran membantu membangunkan Palestin menerusi projek lebih mampan, berimpak tinggi dan menyelesaikan masalah dihadapi penduduk di sana.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata projek pembangunan negara sedemikian apabila diterjemahkan akan kekal dan dinikmati manfaatnya sekalipun selepas kemerdekaan dikecapi bumi Palestin.
  • “Kita nak kurangkan pack-pack makanan, kita nak kurangkan bantuan baju sejuk, tetapi kita nak beralih kepada projek-projek yang walaupun akan memakan kos yang lebih besar tapi lebih berimpak.
  • “Contohnya baik pulih rumah, yang boleh memastikan mereka ini hidup dalam keadaan yang baik di rumah mereka masing-masing, kita nak sumbang untuk projek-projek pendidikan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.

KUALA LUMPUR — Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat Malaysia disaran membantu membangunkan Palestin menerusi projek lebih mampan, berimpak tinggi dan menyelesaikan masalah dihadapi penduduk di sana.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata projek pembangunan sedemikian apabila diterjemahkan akan kekal dan dinikmati manfaatnya sekalipun selepas kemerdekaan dikecapi bumi Palestin.

“Saya rasa NGO dan rakyat Malaysia kena mula berfikir untuk membangunkan semula Gaza dengan projek-projek yang berbentuk sustainable, yang berimpak tinggi dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.

Beliau berkata NGOnya sendiri turut mengambil inisiatif untuk bersama-sama dengan NGO MyAqsa Defenders (MYAD), dan ketua negara Palestin untuk mengurangkan projek yang berbentuk one-off atau sekali beri.

“Kita nak kurangkan pack-pack makanan, kita nak kurangkan bantuan baju sejuk, tetapi kita nak beralih kepada projek-projek yang walaupun akan memakan kos yang lebih besar tapi lebih berimpak.

“Contohnya baik pulih rumah, yang boleh memastikan mereka ini hidup dalam keadaan yang baik di rumah mereka masing-masing, kita nak sumbang untuk projek-projek pendidikan.

“Alhamdulillah kita, di Gaza mempunyai dua buah sekolah Malaysia, yang walaupun satu tahun baru beroperasi menjadi sekolah terbaik untuk SPM… di seluruh Gaza, begitu juga kita bangunkan projek-projek ekonomi seperti projek ladang strawberi di bumi Palestin,” katanya.

Nadir menasihatkan agar masyarakat memilih NGO yang boleh memberikan nilai dan ia kekal dalam masa panjang kepada penduduk Palestin sekiranya ingin menyalurkan sumbangan.

Kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa ke atas Israel awal Sabtu lalu, melepaskan tembakan roket dan menyusup masuk ke Israel melalui darat, udara dan laut.

Hamas berkata serangan mengejut itu sebagai tindak balas terhadap penyerbuan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis Timur yang diduduki serta peningkatan keganasan peneroka haram Israel.

Sebagai tindakan balas, tentera Israel melancarkan ‘Operation Swords of Iron’ terhadap Hamas di Semenanjung Gaza. —- The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending