Terkini
Konflik Palestin-Israel: Pasukan Malbatt 850-10 di Lubnan selamat
Pasukan MALBATT 850-10 yang terbabit misi pengaman di Lubnan disahkan selamat walaupun keadaan tegang di sempadan negara itu susulan konflik Palestin-Israel.

- Pasukan MALBATT 850-10 yang terbabit misi pengaman di Lubnan disahkan selamat walaupun keadaan tegang di sempadan negara itu susulan konflik Palestin-Israel.
- Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata penugasan pasukan MALBATT 850-10 ketika ini berjalan seperti biasa.
- “Alhamdulillah, walaupun keadaan agak tegang di sana (Lubnan) mereka berada dalam keadaan baik dan sihat,” katanya selepas Perbarisan Perintah Ulung Panglima ATM ke-22 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini semalam.
KUALA LUMPUR: Pasukan MALBATT 850-10 yang terbabit misi pengaman di Lubnan disahkan selamat walaupun keadaan tegang di sempadan negara itu susulan konflik Palestin-Israel.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata penugasan pasukan MALBATT 850-10 ketika ini berjalan seperti biasa.
“Alhamdulillah, walaupun keadaan agak tegang di sana (Lubnan) mereka berada dalam keadaan baik dan sihat,” katanya selepas Perbarisan Perintah Ulung Panglima ATM ke-22 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini semalam.
Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status keselamatan pasukan MALBATT 850-10 yang terbabit misi pengaman di Lubnan.
Media antarabangsa melaporkan pertempuran membabitkan kumpulan Hezbollah di selatan Lubnan yang bersempadan dengan Israel, kian memuncak di sebalik konflik Palestin-Israel.
Mohammad berkata apabila pasukan MALBATT 850-10 dihantar ke Lubnan, segala pengarahan dan penugasan mereka adalah tertakluk kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan buat masa ini mereka kekal di negara berkenaan sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan.
“Mereka (PBB) akan mengeluarkan arahan sama ada MALBATT tetap di sana (Lubnan) atau kita berundur dan sebagainya.
“Doakan supaya tidak ada apa-apa kemalangan atau kecelakaan yang menimpa ke atas pegawai dan anggota-anggota MALBATT 850-10,” katanya.
Mohammad berkata sekiranya PBB mengarahkan MALBATT 850-10 berundur, maka pasukan berkenaan telah membuat persediaan pada sebilang masa untuk diatur gerak ke sebarang penugasan.
Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain. – BERNAMA
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas