Connect with us

Antarabangsa

Konflik Palestin-Israel: China tuduh AS pengganggu terbesar keamanan serantau

China menuduh Amerika Syarikat (AS) sebagai pengganggu terbesar keamanan dan kestabilan serantau dunia, lapor portal berita TRT World pada Rabu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Konflik Palestin-Israel: China tuduh AS pengganggu terbesar keamanan serantau
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • China menuduh Amerika Syarikat (AS) sebagai pengganggu terbesar keamanan dan kestabilan serantau dunia, lapor portal berita TRT World pada Rabu.
  • Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons ‘pedas’ Beijing terhadap laporan Pentagon yang mendakwa negara itu sedang membentuk kekuatan ketenteraannya.
  • “AS telah menghantar peluru uranium dan bom berangkai ke Ukraine, menghantar kumpulan  kapal pengangkut jet tempur ke Laut Mediterranean termasuk senjata serta peluru ke Israel. 
  • “Adakah ini yang dipanggil pembela hak-hak asasi manusia?” kata jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian.

BEIJING – China menuduh Amerika Syarikat (AS) sebagai pengganggu terbesar keamanan dan kestabilan serantau dunia, lapor portal berita TRT World pada Rabu.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons ‘pedas’ Beijing terhadap laporan Pentagon yang mendakwa negara itu sedang membentuk kekuatan ketenteraannya.

“AS telah menghantar peluru uranium dan bom berangkai ke Ukraine, menghantar kumpulan  kapal pengangkut jet tempur ke Laut Mediterranean termasuk senjata serta peluru ke Israel. 

“Adakah ini yang dipanggil pembela hak-hak asasi manusia?” kata jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian.

Laporan Pentagon itu dikeluarkan berikutan amaran tahun lepas bahawa China sedang mengembangkan kuasa nuklearnya dengan pantas sejajar dengan pembentukan tenteranya.

Beijing turut dilaporkan berada di landasan yang tepat untuk meningkatkan peledak nuklear perang hampir empat kali ganda kepada 1,500 unit menjelang 2035.

AS dalam masa sama menjual senjata bernilai berbilion dolar kepada Taiwan yang dikatakan bertujuan untuk mempertahankan diri.

“Kami menggesa AS untuk berhenti menggunakan sebarang alasan, apa-apa kaedah untuk mengukuhkan hubungan tentera dengan Taiwan dan secara haram membekalkan senjata kepada Taiwan dalam apa cara sekalipun,” kata Wu Qian.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *