Antarabangsa
Konflik Palestin-Israel: China gesa gencatan senjata
Wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan bersabit kemelut perang Israel-Palestin.
- Wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan bersabit kemelut perang Israel-Palestin.
- Beliau turut mendesak ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk memikul tanggungjawab mereka.
- Gesaan itu disuarakan wakil republik terbabit dalam persidangan PBB yang berlangsung di New York semalam.
- Jun turut membawa suara China yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji menyasarkan Hospital Al-Ahli semalam.
NEW YORK: Wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan bersabit kemelut perang Israel-Palestin.
Beliau turut mendesak ahli Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk memikul tanggungjawab mereka.
Gesaan itu disuarakan wakil republik terbabit dalam persidangan PBB yang berlangsung di New York semalam.
Jun turut membawa suara China yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji menyasarkan Hospital Al-Ahli semalam.
Serangan itu sahaja telah meragut lebih 500 nyawa insan yang tidak berdosa.
Beliau menekankan perlindungan ke atas orang awam adalah dalam zon kritikal di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dengan fasiliti awam seperti hospital dan sekolah tidak sepatutnya menjadi sasaran dalam operasi ketenteraan.
Mesyuarat itu bersidang susulan permintaan daripada Rusia, China dan Emiriah Arab Bersatu.
Sumber: Buletin TV3