Connect with us

Antarabangsa

Konflik Palestin-Israel: Biden tolak gencatan senjata kemanusiaan

Presiden Joe Biden menegaskan bahawa sebarang perbincangan mengenai gencatan senjata di Semenanjung Gaza hanya akan berlaku sekiranya kumpulan Hamas membebaskan semua tebusan yang diculik dari Israel, lapor laman berita Wion News semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
  • Presiden Joe Biden menegaskan bahawa sebarang perbincangan mengenai gencatan senjata di Semenanjung Gaza hanya akan berlaku sekiranya kumpulan Hamas membebaskan semua tebusan yang diculik dari Israel, lapor laman berita Wion News semalam.
  • Dalam satu acara di White House, Biden berkata, Washington juga menolak usul perang dihentikan seketika bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dibawa masuk ke Semenanjung Gaza yang terkepung.

WASHINGTON – Presiden Joe Biden menegaskan bahawa sebarang perbincangan mengenai gencatan senjata di Semenanjung Gaza hanya akan berlaku sekiranya kumpulan Hamas membebaskan semua tebusan yang diculik dari Israel, lapor laman berita Wion News semalam.

Dalam satu acara di White House, Biden berkata, Washington juga menolak usul perang dihentikan seketika bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dibawa masuk ke Semenanjung Gaza yang terkepung.

Ketika ditanya sama ada beliau menyokong pembebasan tebusan untuk mencapai gencatan senjata, Biden berkata: “Semua tebusan perlu dibebaskan terlebih dahulu, kemudian baru kita boleh berbincang (mengenai gencatan senjata).”

Setakat ini, Hamas telah membebaskan empat tahanan wanita dengan dua daripada mereka rakyat Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller sebelum ini berkata, Washington menolak gesaan untuk menghentikan pencerobohan Rejim Zionis.

Menurutnya, gencatan senjata akan memberi Hamas keupayaan untuk berehat, pulih dan bersiap sedia bagi terus melancarkan serangan terhadap Israel. 

Sumber: Kosmo 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Lebih 2,000 terbunuh di Lubnan akibat serangan Israel

Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.
  • Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.
  • “Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).
  • “990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.

Kementerian Kesihatan Lubnan pada Rabu mengumumkan angka kematian akibat serangan Israel ke atas Lubnan meningkat kepada 2,119 dengan 10,019 lagi cedera sejak 8 Oktober 2023.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata dalam tempoh 24 jam lalu 36 orang terbunuh dan 150 yang lain cedera.

“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 137 serangan udara telah direkodkan, menjadikan jumlah serangan sejak permulaan pencerobohan kepada 9,400 (serangan udara).

“990 pusat telah dibuka untuk menempatkan orang yang berpindah, di mana 781 pusat telah mencapai kapasiti maksimum mereka, dengan 181,700 individu yang dipindahkan telah didaftarkan di tempat perlindungan,” kata Menteri Alam Sekitar Lubnan, Nasser Yassin dalam kenyataan berasingan dipetik agensi berita Anadolu.

“Jawatankuasa kecemasan kementerian akan bertanggungjawab menerima bantuan antarabangsa dan mengagihkannya kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal di seluruh wilayah, melalui mekanisme yang jelas dan telus,” kata menteri itu.

Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Lubnan terhadap apa yang didakwa rejim zionis itu sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 September lalu, membunuh lebih 1,250 orang dan mencederakan 3,618 yang lain.

Kempen serangan udara itu adalah peningkatan dalam peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak permulaan tindakan genosid Tel Aviv di Gaza yang telah membunuh hampir 42,000 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan balas Hamas ke atas Israel tahun lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending