Connect with us

Terkini

Kasih tanpa syarat, pasangan bukan Muslim ziarahi kubur anak beragama Islam

Sepasang suami isteri bukan Muslim menziarahi kubur anak mereka yang memeluk Islam di sebuah tanah perkuburan Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Kasih tanpa syarat, pasangan bukan Muslim ziarahi kubur anak beragama Islam
Foto: Tangkap layar yang menunjukkan sepasang suami isteri bukan Muslim menziarahi kubur anak mereka yang memeluk Islam di sebuah tanah perkuburan Islam.
  • Sepasang suami isteri bukan Muslim menziarahi kubur anak mereka yang memeluk Islam di sebuah tanah perkuburan Islam.
  • Perkara itu dikongsikan pengguna Facebook @Joy MamaNunai dalam hantaran Facebooknya ekoran pengalaman terjumpa sepasang suami isteri berbangsa Cina menziarahi salah satu kubur di tapak perkuburan Islam.
  • “Demi kasih ayah dan ibu pada anak walau anaknya sudah berpindah agama namun kasih mereka tiada berpenghujung. Satu pengajaran pada kami hari ini. Kasih pada anak tanpa syarat,” tulisnya.
  • Difahamkan, anak pasangan itu telah memeluk Islam kerana berkahwin dengan wanita Melayu dan meninggal dunia empat tahun lalu akibat kanser otak.

Sepasang suami isteri bukan Muslim menziarahi kubur anak mereka yang memeluk Islam di sebuah tanah perkuburan Islam.

Perkara itu dikongsikan pengguna Facebook @Joy MamaNunai dalam hantaran Facebooknya ekoran pengalaman terjumpa sepasang suami isteri berbangsa Cina menziarahi salah satu kubur di tapak perkuburan Islam.

“Mungkin usia mereka agak-agak dalam 70-an. Beberapa meter saja dari kubur bapak dan emak. 

“Jelas apa yg mereka lakukan. Mereka bersihkan kawasan kubur dan batu nisan. Dicuci segala kekotoran yang ada di batu nisan dengan air mineral yang dia orang bawa,” kata Joy pada 1 Oktober lalu.

Difahamkan, anak pasangan itu telah memeluk Islam kerana berkahwin dengan wanita Melayu dan meninggal dunia empat tahun lalu akibat kanser otak.

“Demi kasih ayah dan ibu pada anak walau anaknya sudah berpindah agama namun kasih mereka tiada berpenghujung. Satu pengajaran pada kami hari ini. Kasih pada anak tanpa syarat,” tulisnya.

Sumber: Facebook @Joy MamaNunai

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *