Connect with us

Terkini

‘Jangan putus asa menentang kezaliman’ – Dr Ahmad Sanusi

“Jangan putus asa menentang kezaliman,” demikian nasihat Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

‘Jangan putus asa menentang kezaliman’ – Dr Ahmad Sanusi
Foto: Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.
  • Jangan putus asa menentang kezaliman,” demikian nasihat Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
  • Dr Ahmad Sanusi berkata Allah SWT menurunkan ayat 42 daripada surah Ibrahim bagi memberikan ketenangan kepada Rasulullah SAW yang bersedih melihat kezaliman dilakukan oleh Quraisy terhadap umat Islam.
  • Petikan ayat itu bermaksud, “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).”
  • Ketika ini saudara Islam di Semenanjung Gaza berdepan dengan serangan berterusan daripada penjajah Israel sejak Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengarahkan pengepungan sepenuhnya di kawasan itu.

KUALA LUMPUR —Jangan putus asa menentang kezaliman,” demikian nasihat Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dr Ahmad Sanusi berkata Allah SWT menurunkan ayat 42 daripada surah Ibrahim bagi memberikan ketenangan kepada Rasulullah SAW yang bersedih melihat kezaliman dilakukan oleh Quraisy terhadap umat Islam.

Petikan ayat itu bermaksud, “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).”

Beliau berkata kita perlu memerhatikan dalam sejarah bagaimana Allah membinasakan kaum-kaum yang zalim dengan elemen-elemen terlihat kecil sahaja sebagaimana Firaun ditewaskan dengan ditenggelami air, Namrud mati disebabkan nyamuk, Qarun ditimbus tanah dan pakatan tentera Ahzab bertempiaran lari disebabkan angin.

Katanya, Allah berupaya memusnahkan kaum zalim itu dengan sekecil-kecil makhluk namun Allah juga mendidik RasulNya agar bersabar dan terus berjuang mempertahankan hak orang yang dizalimi. 

“Ketika keluarga Yasir dan Sumayyah dizalimi, Rasulullah hanya mampu memberikan kata-kata doa dan semangat yang positif sahaja, menjanjikan syurga buat mereka. 

“Namun setelah belasan tahun kemudian, jihad diperintahkan dan perjuangan mula melalui fasa bersenjata.

“Begitulah lumrah perjuangan. Yang paling utama adalah usaha yang kita laksanakan untuk membantu saudara kita yang dizalimi biarpun cuma sedikit. Setiap usaha kita akan dinilai oleh Allah insya-Allah,” kata Dr Ahmad Sanusi. 

Ketika ini saudara Islam di Semenanjung Gaza berdepan dengan serangan berterusan daripada penjajah Israel sejak Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengarahkan pengepungan sepenuhnya di kawasan itu.

Ia termasuk menghentikan bekalan elektrik, makanan, air dan bahan api ke kawasan tersebut. 

Setakat petang semalam, menyaksikan angka kematian mencecah 3,000 dan lebih 900 rakyat Palestin di Gaza terkorban. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Dr Ahmad Sanusi

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *