Connect with us

Antarabangsa

Israel tidak akan lakukan gencatan senjata – Netanyahu

Benjamin Netanyahu dengan tegas menyatakan, Israel tidak akan sama sekali melakukan gencatan senjata dalam usaha mencapai keamanan pada perang dengan Hamas yang berlanjutan hampir empat minggu itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel tidak akan lakukan gencatan senjata – Netanyahu
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Benjamin Netanyahu dengan tegas menyatakan, Israel tidak akan sama sekali melakukan gencatan senjata dalam usaha mencapai keamanan pada perang dengan Hamas yang berlanjutan hampir empat minggu itu.
  • “Saya ingin jelaskan pendirian Israel mengenai gencatan senjata. Seperti mana Amerika Syarikat yang tidak setuju dengan gencatan senjata selepas Pearl Harbour dibom atau selepas serangan pengganas pada 11 September (2001), Israel tidak akan setuju menghentikan peperangan dengan Hamas selepas serangan ngeri pada 7 Oktober lalu,” tegas Netanyahu pada Isnin.
  • “Mendesak Israel melakukan gencatan senjata atau menyerah pada Hamas, menyerah pada pengganas, menyerah pada kebiadapan, semua itu tidak akan berlaku,” tambah Netanyahu.

TEL AVIV: Benjamin Netanyahu dengan tegas menyatakan, Israel tidak akan sama sekali melakukan gencatan senjata dalam usaha mencapai keamanan pada perang dengan Hamas yang berlanjutan hampir empat minggu itu.

Seperti mana Amerika Syarikat (AS) yang juga melakukan perkara sama semasa Jepun menyerang Pearl Harbour pada 1941 dan susulan serangan ke atas menara berkembar World Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001, pendirian diambil Israel dalam perang dengan Hamas sama seperti sekutunya.

“Saya ingin jelaskan pendirian Israel mengenai gencatan senjata. Seperti mana Amerika Syarikat yang tidak setuju dengan gencatan senjata selepas Pearl Harbour dibom atau selepas serangan pengganas pada 11 September (2001), Israel tidak akan setuju menghentikan peperangan dengan Hamas selepas serangan ngeri pada 7 Oktober lalu,” tegas Netanyahu pada Isnin.

“Mendesak Israel melakukan gencatan senjata atau menyerah pada Hamas, menyerah pada pengganas, menyerah pada kebiadapan, semua itu tidak akan berlaku,” tambah Netanyahu.

Memetik petikan kitab Bible yang menyebut terdapat ruang masa untuk keamanan, Netanyahu berkata: “Kini masanya untuk berperang.”

Ditanya apakah beliau mempertimbangkan untuk letak jawatan, tegas Netanyahu, matlamat utamanya ialah menyingkirkan Hamas.

“Kami (Israel) akan singkirkan mereka (Hamas) ke dalam tong sampah sejarah. Itu matlamat saya. Itu tanggungjawab saya,” jelas Netanyahu.

Sementara itu, jurucakap Hamas pada Isnin berkata, Israel tidak akan berjaya memasuki Gaza, “kecuali di beberapa kawasan yang terbatas” selain membayangkan situasi kemanusiaan di wilayah bergolak itu seperti satu ‘malapetaka.’ 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *