Antarabangsa
Israel hantar kereta kebal, jentolak berperisai ke Semenanjung Gaza
Selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan persiapan perang darat sedang dijalankan untuk menghapuskan Hamas, tentera bertindak menghantar kereta kebal dan jentolak berperisai ke Semenanjung Gaza.
- Selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan persiapan perang darat sedang dijalankan untuk menghapuskan Hamas, tentera bertindak menghantar kereta kebal dan jentolak berperisai ke Semenanjung Gaza.
- ‘Serbuan disasarkan’ memusnahkan beberapa kawasan sebelum mereka berundur dari wilayah yang dikawal Hamas.
- Kepulan asap hitam menjulang ke langit selepas satu letupan berlaku sebagaimana rakaman dikeluarkan tentera beberapa jam selepas Netanyahu membuat kenyataan mengenai persiapan perang darat itu.
- Menurut tentera, perang hari ke-20 di Gaza yang paling membunuh di Israel, mengakibatkan beribu-ribu orang terkorban.
Beberapa jam selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan persiapan perang darat sedang dijalankan untuk menghapuskan Hamas, tentera bertindak menghantar kereta kebal dan jentolak berperisai ke Semenanjung Gaza.
Ia adalah ‘serbuan disasarkan’ yang memusnahkan beberapa kawasan sebelum mereka berundur dari wilayah yang dikawal Hamas.
Kepulan asap hitam menjulang ke langit selepas satu letupan berlaku sebagaimana rakaman dikeluarkan tentera beberapa jam selepas Netanyahu membuat kenyataan mengenai persiapan perang darat itu.
Menurut tentera, perang hari ke-20 di Gaza yang paling membunuh di Israel, mengakibatkan beribu-ribu orang terkorban.
Pihak tentera mendakwa berjaya memusnahkan banyak sel pejuang, infrastruktur dan pos pelancaran peluru berpandu anti-kereta kebal.
Kata tentera, operasi di utara Gaza digempurkan sebagai persediaan peringkat pertempuran seterusnya.
Beberapa jam sebelum itu, Netanyahu menyampaikan ucapan yang disiarkan secara langsung kepada rakyat Israel yang masih berduka dan marah selepas serangan berdarah Hamas pada 7 Oktober lalu dan memberitahu kerajaan berada di tengah-tengah kempen untuk melancarkan perang tanpa henti.
Serangan mengejut itu yang paling teruk dalam sejarah Israel, menyaksikan lebih 1,400 orang kebanyakan orang awam terbunuh selain ratusan kes penculikan.
Israel membalas dengan serangan bertubi-tubi yang dikatakan Kementerian Kesihatan Gaza, membunuh lebih 7,000 orang awam.
Angka itu dijangka meningkat ketara jika tentera Israel, yang berkumpul berhampiran Gaza, bergerak masuk dan membuat serangan darat.
Senario itu meningkatkan lagi kebimbangan antarabangsa apabila skala perang dan penderitaan manusia semakin meningkat di dalam wilayah yang dikepung, di mana Israel memotong bekalan air, makanan, bahan api dan bekalan asas lain.
Seluruh kawasan kejiranan dimusnahkan, pakar bedah beroperasi tanpa ubat bius, melawat mangsa cedera dan trak ais krim menjadi bilik mayat sementara.
Keadaan begitu teruk ketika ini di Gaza sehingga penyelaras kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk wilayah Palestin, Lynne Hastings membuat kesimpulan, tiada tempat selamat di wilayah itu.
Sumber: Astro Awani