Antarabangsa
Israel ancam tutup operasi Al Jazeera
Israel mengambil langkah-langkah untuk menghentikan operasi rangkaian berita Al Jazeera di negara haram itu, demikian lapor Middle East Eye semalam.
- Israel mengambil langkah-langkah untuk menghentikan operasi rangkaian berita Al Jazeera di negara haram itu, demikian lapor Middle East Eye semalam.
- Menurut media Israel, peguam negara, Gali Baharav-Miara dan Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi mencapai persetujuan pada Selasa mengenai undang-undang darurat untuk menghentikan saluran media berpangkalan di Qatar itu daripada beroperasi di Israel.
- Dalam temu bual dengan Radio Tentera Israel Ahad lalu, Karhi menyifatkan rangkaian itu sebagai “jurucakap propaganda” Hamas dan mendedahkan askar Israel dengan kemungkinan serangan dari Gaza.
- Al Jazeera merupakan salah satu daripada beberapa saluran media global yang mempunyai wakil dan pejabat di Gaza dan Israel.
Israel mengambil langkah-langkah untuk menghentikan operasi rangkaian berita Al Jazeera di negara haram itu, demikian lapor Middle East Eye semalam.
Menurut media Israel, peguam negara, Gali Baharav-Miara dan Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi mencapai persetujuan pada Selasa mengenai undang-undang darurat untuk menghentikan saluran media berpangkalan di Qatar itu daripada beroperasi di Israel.
Dalam temu bual dengan Radio Tentera Israel Ahad lalu, Karhi menyifatkan rangkaian itu sebagai “jurucakap propaganda” Hamas dan mendedahkan askar Israel dengan kemungkinan serangan dari Gaza.
Al Jazeera setakat ini belum mengulas perkara itu.
Kerajaan Israel berulang kali mengkritik hasil liputan Al Jazeera berkenaan perang yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.
Al Jazeera merupakan salah satu daripada beberapa saluran media global yang mempunyai pejabatnya di Gaza dan Israel.
Israel baru-baru ini diketahui umum menghalang sesiapa sahaja dari memasuki atau keluar meninggalkan Gaza yang dikepung sepenuhnya selain dipotong bekalan air, elektrik, dan makanan.
Disebabkan itu, liputan antarabangsa mengenai pengeboman Israel hanya boleh dilakukan secara langsung oleh organisasi media tersedia berada di lapangan seperti Al Jazeera.
Saluran TV Qatar itu berada di dalam satu hubungan yang sukar dengan Israel, lebih-lebih lagi selepas insiden Mei 2022, melibatkan pembunuhan wartawannya, Shireen Abu Akleh oleh tentera rejim.
Sumber: Middle East Eye, Arab News