Connect with us

Terkini

Iktiraf UEC untuk selesaikan masalah ‘brain drain’ – Ahli Parlimen DAP

Ahli Parlimen DAP mencadangkan kerajaan dan institusi pengajian tinggi mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebagai satu langkah menyelesaikan masalah penghijrahan individu berkemahiran tinggi (brain drain).

Wartawan TMT

Published

on

Iktiraf UEC untuk selesaikan masalah ‘brain drain’ – Ahli Parlimen DAP
Foto: Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui.
  • Ahli Parlimen DAP mencadangkan kerajaan dan institusi pengajian tinggi mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebagai satu langkah menyelesaikan masalah penghijrahan individu berkemahiran tinggi (brain drain).
  • Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berkata kerajaan perlu aktif menangani masalah ‘brain drain’ itu bagi memastikan negara kita mempunyai sumber manusia yang mencukupi untuk membangunkan negara.
  • Beliau berkata sistem kemasukan institusi pengajian tinggi awam perlu ditambah baik.
  • “Saya percaya penyelesaian masalah brain drain bukan sahaja harus ditanggung oleh Menteri Sumber Manusia. Kementerian Pengajian Tinggi juga perlu memainkan peranan penting dalam mengekalkan pelajar cemerlang supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran dan bekerja di dalam negara,” kata Yu Hui dipetik Oriental Daily di Dewan Rakyat ketika membahas Belanjawan 2024, semalam.

Ahli Parlimen DAP mencadangkan kerajaan dan institusi pengajian tinggi mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebagai satu langkah menyelesaikan masalah penghijrahan individu berkemahiran tinggi (brain drain).

Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berkata kerajaan perlu aktif menangani masalah ‘brain drain’ itu bagi memastikan negara kita mempunyai sumber manusia yang mencukupi untuk membangunkan negara.

Katanya, indeks ’brain drain’ negara kita adalah sebanyak 5.5 peratus berbanding indeks purata global 3.3 peratus.

“Saya percaya penyelesaian masalah brain drain bukan sahaja harus ditanggung oleh Menteri Sumber Manusia. Kementerian Pengajian Tinggi juga perlu memainkan peranan penting dalam mengekalkan pelajar cemerlang supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran dan bekerja di dalam negara,” kata Yu Hui dipetik Oriental Daily di Dewan Rakyat ketika membahas Belanjawan 2024, semalam.

Beliau berkata sistem kemasukan institusi pengajian tinggi awam perlu ditambah baik.

Katanya, sistem ini bukan sahaja menerima pelajar Tingkatan 6, malah pelajar A-Levels, Program Matrikulasi Australia (AUSMAT), Diploma International Baccalaureat (IB) dan mata pelajaran tertentu dalam Peperiksaan Kemasukan Kolej China juga diterima.

“Mengapa Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Sains Malaysia (USM) boleh mengiktiraf A-level, Program AUSMAT, Diploma IB dan Peperiksaan Kemasukan Kolej China, tetapi bukan warga tempatan yang memegang diploma UEC?” kata Yu Hui.

Sumber: Oriental Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam – MP PKR

Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim (kanan).
  • Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.
  • Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.
  • Justeru PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya diminta supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.
  • “Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.
  • “Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh,” kata Hassan kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama ini berdekad-dekad dipinggirkan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang dari Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Hassan Abdul Karim.

Hassan berkata jika tanpa sokongan kelompok reformasi Islam yang setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini, Presiden PKR itu juga mungkin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) hari ini.

Justeru, beliau meminta PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya supaya mengenangkan jasa individu yang berjuang untuk Islam demi membina negara yang adil dan bersifat Madani.

“Gerakan Islam adalah satu komponen penting dalam gerakan reformasi di Malaysia. 

“Gerakan Islam adalah pendukung utama Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau menjadi Presiden ABIM kemudian Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga dipecat pada September 1998.

“Gerakan Islam antara golongan yang setia kepada perjuangan reformasi yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. 

“Kini Anwar Ibrahim sudah jadi Perdana Menteri Malaysia, justeru Kerajaan Madani sekarang perlu setia kepada aspirasi gerakan Islam yang selama berdekad-dekad dipinggirkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin di Kongres BERSIH pada Sabtu yang mengingatkan kerajaan bahawa sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini tidak boleh dianggap sebagai agenda picisan.

Sebaliknya, kerajaan perlu mengutamakan agenda dibawakan gerakan Islam ataupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya ia dapat dijadikan rujukan dalam tampuk pemerintahan hari ini.

Ahmad Fahmi berkata ini kerana gerakan Islam mempunyai kedudukan dan peranan signifikan untuk ke hadapan, bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘serpihan’ atau ‘ditepi-tepian’.

Kenyataan beliau itu turut disambut baik kelompok bukan Muslim daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong bahawa kerajaan tidak boleh menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.

Hassan menyatakan beliau senada dengan Presiden ABIM bahawa pandangan, tuntutan dan aspirasi reformasi dibawakan gerakan Islam mesti diberi tempat oleh kerajaan yang berkuasa ketika ini.

“Pandangan golongan Islam yang membawa idea reformasi tidak patut dipandang ringan atau dianggap picisan.

“Jika tiada sokongan golongan reformasi Islam yang setia kepada Anwar Ibrahim selama ini rasanya, ikut hukum adat, Anwar mungkin tak sampai jadi Perdana Menteri kesepuluh.

“Lalu PMX dan pendukung kerajaan Madani di Putrajaya sekarang kenangkanlah jasa orang yang selama ini berjuang untuk Islam demi membina sebuah negara yang adil yang bersifat Madani,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending