Connect with us

Terkini

Hospital utama di Gaza hanya ada bekalan elektrik 24 jam sahaja lagi – MSF

Pusat perubatan utama Gaza, Hospital Al-Shifa hanya mempunyai bekalan bahan api yang mencukupi untuk menjalankan jenteranya selama 24 jam, kata doktor tanpa sempadan (MSF) pada Khamis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hospital utama di Gaza hanya ada bekalan elektrik 24 jam sahaja lagi – MSF
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pusat perubatan utama Gaza, Hospital Al-Shifa hanya mempunyai bekalan bahan api yang mencukupi untuk menjalankan jenteranya selama 24 jam, kata doktor tanpa sempadan (MSF) pada Khamis.
  • “Tanpa bekalan elektrik, banyak pesakit akan meninggal,” kata Guillemette Thomas, koordinator perubatan MSF untuk Palestin yang berpusat di Jerusalem.
  • Hospital Al Shifa – di mana MSF telah memberikan rawatan kepada pesakit yang melecur selama bertahun-tahun – merupakan salah sebuah pusat perubatan di Gaza yang masih mempunyai bekalan elektrik, selain turut merawat mangsa letupan hospital di Al-Ahli Baptist pada Selasa lalu.

JERUSALEM: Pusat perubatan utama Gaza, Hospital Al-Shifa hanya mempunyai bekalan bahan api yang mencukupi untuk menjalankan jenteranya selama 24 jam, kata doktor tanpa sempadan (MSF) pada Khamis.

“Tanpa bekalan elektrik, banyak pesakit akan meninggal,” kata Guillemette Thomas, koordinator perubatan MSF untuk Palestin yang berpusat di Jerusalem.

Ribuan orang telah cedera di Gaza sejak 7 Oktober lalu akibat serangan udara Israel selepas serangan keganasan Hamas.

“Saya percaya bahawa pesakit-pesakit berada dalam bahaya dan berisiko meninggal dunia dalam beberapa jam akan datang, kerana semakin sukar untuk mendapatkan bantuan perubatan,” kata Thomas.

Thomas turut memberi amaran pesakit di unit rawatan rapi, neonatologi dan mereka yang menggunakan mesin sokongan pernafasan berisiko tinggi.

“Pesakit-pesakit dengan penyakit kronik seperti diabetes dan kanser dan wanita hamil juga berisiko kerana kekurangan ubat secara umum,” jelas Thomas.

Hospital Al Shifa – di mana MSF telah memberikan rawatan kepada pesakit yang melecur selama bertahun-tahun – merupakan salah sebuah pusat perubatan di Gaza yang masih mempunyai bekalan elektrik, selain turut merawat mangsa letupan hospital di Al-Ahli Baptist pada Selasa lalu.

Ribuan rakyat Palestin turut berlindung di hospital Al-Shifa kerana mereka mencari kawasan yang selamat daripada pengeboman berterusan, kata Thomas.

Menurut MSF, adalah penting untuk hospital-hospital beroperasi semula dan gencatan senjata secara berkala mesti dijamin berlaku dalam usaha membawa bahan api dan ubat-ubatan ke pusat-pusat perubatan.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *