Connect with us

Terkini

Halangan bertakbir ikut budi bicara penganjur, bukan pendirian kerajaan – Saifuddin

Himpunan ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka pada Ahad lalu yang dikecam kerana melarang pesertanya melaungkan takbir serta menayang sepanduk memaparkan imej kecaman kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu adalah tindakan budi bicara penganjur dan sama sekali tidak mewakili pendirian kerajaan.

Wartawan TMT

Published

on

Halangan bertakbir ikut budi bicara penganjur, bukan pendirian kerajaan - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr Musa Mohd Nordin (kanan).
  • Himpunan ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka pada Ahad lalu yang dikecam kerana melarang pesertanya melaungkan takbir serta menayang sepanduk memaparkan imej kecaman kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu adalah tindakan budi bicara penganjur dan sama sekali tidak mewakili pendirian kerajaan.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan itu dibuat penganjur dengan tujuannya untuk membangkitkan semangat solidariti dalam kalangan peserta pelbagai kaum dan agama.
  • “Soal dibenar atau tak dibenarkan takbir saya tak fikir itu isu utamanya. Saya Muslim, takbir ertinya melaungkan kebesaran Allah. Tiada khilaf di antara kita.
  • “Hal ini adalah bagaimana penganjur (himpunan) itu mengikut budi bicara mereka dan kefahaman mereka. Machang (Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal) boleh anjurkan 20,000 atau 30,000 esok, takbirlah. Kalau saya ada masa akan turut serta dan takbir sekuat-kuatnya,” katanya.
  • Saifuddin berkata, kerajaan sehingga kini kekal dengan pendirian untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menolak sebarang bentuk kerjasama negara dengan Israel.

KUALA LUMPUR: Himpunan ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka pada Ahad lalu yang dikecam kerana melarang pesertanya melaungkan takbir serta menayang sepanduk memaparkan imej kecaman kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu adalah tindakan budi bicara penganjur dan sama sekali tidak mewakili pendirian kerajaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan itu dibuat penganjur dengan tujuannya untuk membangkitkan semangat solidariti dalam kalangan peserta pelbagai kaum dan agama.

“Soal dibenar atau tak dibenarkan takbir saya tak fikir itu isu utamanya. Saya Muslim, takbir ertinya melaungkan kebesaran Allah. Tiada khilaf di antara kita.

“Hal ini adalah bagaimana penganjur (himpunan) itu mengikut budi bicara mereka dan kefahaman mereka. Machang (Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal) boleh anjurkan 20,000 atau 30,000 esok, takbirlah. Kalau saya ada masa akan turut serta dan takbir sekuat-kuatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) yang bertanyakan sama ada kerajaan menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada menetapkan sebarang garis panduan melarang peserta himpunan untuk melaungkan takbir.

Saifuddin berkata, kerajaan sehingga kini kekal dengan pendirian untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menolak sebarang bentuk kerjasama negara dengan Israel.

“Soal boleh atau tidak mengecam Benjamin Netanyahu, pendirian kita juga jelas. Hakikatnya kita mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin dengan sendiri kita menidakkan sokongan (kepada Netanyahu).

Advertisement

“Tapi kalau di sana himpunan dihadiri 300, 400 orang dianjurkan oleh satu pertubuhan dan kemudiannya kalau dia mengenakan apa-apa sekatan, ‘do and don’t’, itu harus dilihat secara fakta kejadian pada waktu itu.

“Ia tidak mencerminkan pendirian sepenuhnya kerajaan hari ini dan umat Islam yang cintakan keamanan dan perdamaian,” katanya. 

Semalam, penganjur himpunan itu yang juga Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr Musa Mohd Nordin tampil memohon maaf berikutan penganjuran himpunan aman itu yang menimbulkan ketidakpuasan hati pelbagai pihak.

Katanya, beliau amat memahami terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati dengan cara penganjuran perhimpunan itu. 

Kelmarin, peserta himpunan berkenaan mengecam tindakan penganjur yang didakwa melarang mereka melaungkan takbir selain meminta menurunkan sepanduk yang memaparkan imej kecaman kepada Netanyahu.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending