Connect with us

Terkini

Firdaus Wong bidas bukan Muslim persoal hukum Islam

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung bidas netizen bukan muslim persoal hukum Muslim terlibat acara ditaja bank yang mengamalkan riba.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Firdaus Wong bidas bukan Muslim persoal hukum Islam
Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung bidas netizen bukan muslim persoal hukum Muslim terlibat acara ditaja bank riba.
  • Firdaus Wong dalam hantaran di akaun Facebooknya berkongsi sebuah berita yang dilaporkan oleh media Sin Chew Daily yang mengatakan bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengeluarkan hukum pengharaman seorang Muslim terlibat dalam acara larian yang ditaja oleh bank riba.
  • Beliau berkata ramai golongan bukan Muslim yang masuk campur urusan Islam dengan memberi komen terhadap berita itu.
  • Katanya, golongan bukan Muslim ini perlu dididik dengan ilmiah dan fakta.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung bidas netizen bukan muslim persoal hukum Muslim terlibat acara ditaja bank yang mengamalkan riba.

Firdaus Wong dalam hantaran di akaun Facebooknya berkongsi laporan media Sin Chew Daily yang mengatakan bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengeluarkan hukum pengharaman seorang Muslim terlibat dalam acara larian yang ditaja oleh bank riba.

Beliau berkata ramai golongan bukan Muslim yang masuk campur urusan Islam dengan memberi komen terhadap berita itu.

“Ramai kafir masuk campur urusan Islam dan menyindir Islam,” kata Firdaus di hantaran Facebooknya hari ini.

Katanya, golongan bukan Muslim ini perlu dididik dengan ilmiah dan fakta.

“Nak kutuk Islam tak make sense dan tertawakan Islam?

Dr Zulkifli pada Isnin menyatakan seseorang muslim itu tidak boleh menyertai acara maraton dianjurkan oleh institusi berasaskan riba. Ia berikutan hal ini merupakan wasilah kepada perkara yang jelas pengharamannya iaitu riba.

Sumber: Facebook @Firdaus Wong Wai Hung

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *