Connect with us

Antarabangsa

Elon Musk pertimbang bawa keluar X dari Eropah

PEMILIK platform media sosial X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter), Elon Musk sedang mempertimbangkan tindakan untuk membawa keluar perkhidmatan berkenaan dari Eropah sebagai tindak balas beliau terhadap peraturan baharu yang dikenakan bagi platform internet di rantau tersebut, lapor Reuters.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

 Elon Musk pertimbang bawa keluar X dari Eropah
Foto: Pemilik Platform Media Sosial X, Elon Musk.
  • PEMILIK platform media sosial X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter), Elon Musk sedang mempertimbangkan tindakan untuk membawa keluar perkhidmatan berkenaan dari Eropah sebagai tindak balas beliau terhadap peraturan baharu yang dikenakan bagi platform internet di rantau tersebut, lapor Reuters.
  • Reuters yang memetik laporan laman berita Insider pada Rabu berkata, jutawan itu juga telah membincangkan mengenai penghapusan aplikasi tersebut di rantau berkenaan atau menghalang pengguna di Kesatuan Eropah (EU) daripada mengaksesnya, dakwa sumber yang akrab dengan syarikat tersebut.

PEMILIK platform media sosial X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter), Elon Musk sedang mempertimbangkan tindakan untuk membawa keluar perkhidmatan berkenaan dari Eropah sebagai tindak balas beliau terhadap peraturan baharu yang dikenakan bagi platform internet di rantau tersebut, lapor Reuters.

Reuters yang memetik laporan laman berita Insider pada Rabu berkata, jutawan itu juga telah membincangkan mengenai penghapusan aplikasi tersebut di rantau berkenaan atau menghalang pengguna di Kesatuan Eropah (EU) daripada mengaksesnya, dakwa sumber yang akrab dengan syarikat tersebut.

Pada Ogos, EU telah meluluskan Akta Perkhidmatan Digital (DSA) yang menggariskan peraturan untuk mencegah penyebaran kandungan berbahaya, melarang atau menghadkan beberapa amalan yang mensasarkan pengguna tertentu serta berkongsi beberapa data dalaman dengan pihak berkuasa dan penyelidik yang berkaitan.

X, bagaimanapun, tidak menjawab permintaan Reuters untuk mengulas mengenai laporan berkenaan.

Sumber: Astro Awani 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *