Connect with us

Antarabangsa

Dunia perlu akui ‘serangan’ Hamas berpunca daripada 56 tahun penjajahan Palestin – Guterres

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berpendirian adalah penting untuk memperakui serangan Hamas pada 7 Oktober lalu tidak berlaku secara tiba-tiba.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dunia perlu akui 'serangan' Hamas berpunca daripada 56 tahun penjajahan Palestin – Guterres
Foto: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berpendirian adalah penting untuk memperakui serangan Hamas pada 7 Oktober lalu tidak berlaku secara tiba-tiba.
  • Guterres berkata serangan itu berikutan 56 tahun penduduk Palestin menjadi mangsa pendudukan yang menyesakkan di mana mereka menyaksikan ekonomi mereka musnah, penduduk menjadi pelarian dan kediaman mereka diruntuhkan.
  • Adalah penting untuk memperakui, serangan Hamas tidak berlaku secara tiba-tiba. Penduduk Palestin telah menjadi mangsa pendudukan yang menyesakkan selama 56 tahun.
  • “Mereka menyaksikan tanah mereka bertukar menjadi penempatan haram yang diperoleh menerusi keganasan. Ekonomi mereka musnah, penduduknya menjadi pelarian, kediaman mereka diruntuhkan. Harapan mereka untuk mencari solusi politik berdasarkan keadaan mereka kian pudar,” katanya di mesyuarat Majlis Keselamatan PBB pada Selasa dilapor media antarabangsa.

KUALA LUMPUR — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berpendirian adalah penting untuk memperakui serangan Hamas pada 7 Oktober lalu tidak berlaku secara tiba-tiba.

Guterres berkata serangan itu berikutan 56 tahun penduduk Palestin menjadi mangsa pendudukan yang menyesakkan di mana mereka menyaksikan ekonomi mereka musnah, penduduk menjadi pelarian dan kediaman mereka diruntuhkan.

Adalah penting untuk memperakui, serangan Hamas tidak berlaku secara tiba-tiba. Penduduk Palestin telah menjadi mangsa pendudukan yang menyesakkan selama 56 tahun.

“Mereka menyaksikan tanah mereka bertukar menjadi penempatan haram yang diperoleh menerusi keganasan. Ekonomi mereka musnah, penduduknya menjadi pelarian, kediaman mereka diruntuhkan. Harapan mereka untuk mencari solusi politik berdasarkan keadaan mereka kian pudar,” katanya di mesyuarat Majlis Keselamatan PBB pada Selasa dilapor media antarabangsa.

Guterres berkata kesedihan penduduk Palestin tidak boleh dijustifikasi dengan serangan Hamas, begitu juga serangan itu tidak boleh menjadi punca hukuman ke atas penduduk Palestin. 

Pada 7 Oktober lalu, kumpulan pembebasan Palestin iaitu Hamas melancarkan operasi Taufan Al-Aqsa serangan mengejut ke atas Israel sebagai reaksi balas pencerobohan berterusan rejim zionis ke atas Masjid Al-Aqsa dan tindakan keganasan peneroka haram ke atas warga Palestin di Tebing Barat.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,400 tentera rejim zionis dan penduduk Israel maut dalam serangan Hamas, manakala lebih 5,791 rakyat Palestin terbunuh selepas Israel melakukan pengeboman udara ke atas Gaza sejak tarikh sama.

Gaza kini di ambang krisis kemanusiaan terburuk selepas rejim zionis melakukan sekatan total dengan menyekat bekalan air, elektrik, makanan dan bahan api ketika ‘hukuman kolektif’ serangan udara dilakukan ke atas wilayah konflik dikepung sejak 2007 itu.

Guterres menyifatkan wujud pencabulan jelas ke atas undang-undang kemanusiaan antarabangsa di wilayah konflik Gaza.

Beliau merayu supaya nyawa penduduk awam dalam perang Israel dan Palestin terus dilindungi.

Guterres berkata adalah jelas wujud peraturan dalam perang dan dalam waktu kritikal ketika ini, menjadi satu keperluan untuk mematuhinya.

“Saya amat bimbang tentang pencabulan jelas undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang kita saksikan di Gaza. Biar saya jelaskan: Tiada pihak dalam konflik bersenjata melebihi undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata Guterres, tanpa menyebut Israel secara jelas. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *