Connect with us

Antarabangsa

China akan lakukan apa sahaja untuk capai gencatan senjata di Gaza

China melihat situasi di Gaza sebagai “sangat serius” dengan risiko konflik darat berskala besar meningkat dan penyebaran konflik bersenjata di sepanjang sempadan jiran.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

China akan lakukan apa sahaja untuk capai gencatan senjata di Gaza
Foto: Utusan Khas China ke Asia Barat, Zhai Jun.
  • China melihat situasi di Gaza sebagai “sangat serius” dengan risiko konflik darat berskala besar meningkat dan penyebaran konflik bersenjata di sepanjang sempadan jiran.
  • Menurut Utusan Khas China ke Asia Barat, Zhai Jun, kesan limpahan di rantau itu dan di peringkat antarabangsa semakin meluas, apabila konflik di sepanjang sempadan Israel-Lubnan dan Israel-Syria merebak, “menjadikan ia membimbangkan.”
  • Sehubungan itu, Zhai menyeru masyarakat antarabangsa supaya “sangat berwaspada dalam hal ini” dan mengambil tindakan segera menggesa pihak terbabit supaya mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dengan tegas dan mengelakkan bencana kemanusiaan yang serius sambil melakukan “usaha bersama untuk mengawal keadaan”.
  • “China bersedia melakukan “apa sahaja yang kondusif” untuk menggalakkan dialog, mencapai gencatan senjata dan memulihkan keamanan, serta mempromosikan penyelesaian dua negara, penyelesaian yang adil dan berkekalan kepada konflik itu,” kata Zhai seperti dilaporkan China Central Television.

BEIJING: China melihat situasi di Gaza sebagai “sangat serius” dengan risiko konflik darat berskala besar meningkat dan penyebaran konflik bersenjata di sepanjang sempadan jiran.

Menurut Utusan Khas China ke Asia Barat, Zhai Jun, kesan limpahan di rantau itu dan di peringkat antarabangsa semakin meluas, apabila konflik di sepanjang sempadan Israel-Lubnan dan Israel-Syria merebak, “menjadikan ia membimbangkan.”

Sehubungan itu, Zhai menyeru masyarakat antarabangsa supaya “sangat berwaspada dalam hal ini” dan mengambil tindakan segera menggesa pihak terbabit supaya mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dengan tegas dan mengelakkan bencana kemanusiaan yang serius sambil melakukan “usaha bersama untuk mengawal keadaan”.

“China bersedia melakukan “apa sahaja yang kondusif” untuk menggalakkan dialog, mencapai gencatan senjata dan memulihkan keamanan, serta mempromosikan penyelesaian dua negara, penyelesaian yang adil dan berkekalan kepada konflik itu,” kata Zhai seperti dilaporkan China Central Television.

Minggu lalu, Zhai menyatakan punca krisis Israel-Gaza mengenai kekurangan jaminan untuk hak Palestin ketika beliau bertemu dengan rakan sejawatannya dari Russia di Qatar, perantara dalam konflik itu.

Zhai berkata, China akan terus mengekalkan komunikasi rapat dengan masyarakat antarabangsa, termasuk negara Arab dan seterusnya akan melawat Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Jordan dan negara lain di rantau itu untuk mengukuhkan lagi penyelarasan yang bertujuan menamatkan krisis.

Sebelum perjalanannya ke Asia Barat, Zhai mengadakan panggilan telefon dengan ketua kementerian luar Palestin, Israel, Mesir, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Norway serta dengan wakil khas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kesatuan Eropah.

China telah menyediakan dan akan terus memberikan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada rakyat Palestin melalui PBB dan melalui saluran dua hala untuk membantu mengurangkan krisis kemanusiaan, tambah Zhai. 

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *