Connect with us

Terkini

Video tular ‘beras tempatan dibungkus semula jadi beras import’ palsu

Syarikat pengeluar beras, Jasmine Food Corporation Sdn Bhd (JFC) mengesahkan video tular di media sosial mengenai dakwaan beras tempatan telah dibungkus semula menjadi beras import adalah tidak benar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Video tular ‘beras tempatan dibungkus semula jadi beras import’ palsu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Syarikat pengeluar beras, Jasmine Food Corporation Sdn Bhd (JFC) mengesahkan video tular di media sosial mengenai dakwaan beras tempatan dibungkus semula menjadi beras import adalah tidak benar.
  • Sebaliknya menurut portal Sebenarnya.My yang memetik kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, video berkenaan memaparkan Beras Putih Import (BPI) dan ia dirakam di dalam kilang Jasmine di Tunjang, Alor Setar, pada Sabtu lalu.
  • “Pembungkusan semula BPI merupakan satu proses normal apabila berlaku kejadian kampit pecah atau beras berhabuk sewaktu kampit beras berada di kedai dan pasaraya,” katanya.
  • Pada Selasa, sebuah video tular di media sosial memaparkan beberapa kampit beras sedang melalui proses pembungkusan semula di sebuah kilang dengan mendakwa ia merupakan beras tempatan yang dibungkuskan semula untuk dijual sebagai beras import.

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar beras, Jasmine Food Corporation Sdn Bhd (JFC) mengesahkan video tular di media sosial mengenai dakwaan beras tempatan telah dibungkus semula menjadi beras import adalah tidak benar.

Sebaliknya menurut portal Sebenarnya.My yang memetik kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, video berkenaan memaparkan Beras Putih Import (BPI) dan ia telah dirakam di dalam kilang Jasmine di Tunjang, Alor Setar, pada Sabtu lalu.

“Pembungkusan semula BPI merupakan satu proses normal apabila berlaku kejadian kampit pecah atau beras berhabuk sewaktu kampit beras berada di kedai dan pasaraya.

“Proses ini dibuat untuk memastikan kualiti beras keluaran JFC sentiasa berada di dalam keadaan yang baik sewaktu dibeli oleh pelanggan.

“JFC mengamalkan polisi gantian semula kepada pemborong bagi beras-beras yang tidak menepati kualiti dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Pada Selasa, sebuah video tular di media sosial memaparkan beberapa kampit beras yang sedang melalui proses pembungkusan semula di sebuah kilang dengan mendakwa ia merupakan beras tempatan yang dibungkuskan semula untuk dijual sebagai beras import.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *