Antarabangsa
Vape kurangkan sperma, melemahkan syahwat dan kecilkan buah zakar – Kajian
Saintis mengeluarkan amaran berkenaan pengambilan vape yang berkemungkinan menurunkan jumlah sperma, melemahkan syahwat dan mengecilkan buah zakar.

- Saintis mengeluarkan amaran berkenaan pengambilan vape yang berkemungkinan menurunkan jumlah sperma, melemahkan syahwat dan mengecilkan buah zakar.
- Penyelidikan dilakukan pakar dari Turkiye bagi melihat kesan pendedahan asap e-rokok dan rokok biasa terhadap kesihatan seksual seekor tikus jantan.
- Kajian dan ukuran terlibat adalah berdasarkan jumlah sperma dihasilkan haiwan itu, rupa testisnya di bawah mikroskop dan impak tekanan pada darah dan alat kelamin.
- Penulis kajian melaporkan; “Walaupun cecair (e-rokok) diperkenalkan sebagai (sesuatu yang) tidak berbahaya dalam rangka kajian henti merokok, ia boleh meningkatkan tekanan oksidatif dan menyebabkan perubahan morfologi testis”.
- Kesan negatif vape ke atas kesuburan bukanlah sesuatu yang asing kerana kajian di Denmark pada 2020 ke atas lebih 2,000 lelaki mendapati penggunaan harian e-rokok oleh sekumpulan individu menunjukkan kiraan sperma rendah berbanding mereka yang tidak menghisapnya.
Saintis mengeluarkan amaran berkenaan pengambilan vape yang berkemungkinan menurunkan jumlah sperma, melemahkan syahwat dan mengecilkan buah zakar.
Penyelidikan dilakukan pakar dari Turkiye bagi melihat kesan pendedahan asap e-rokok dan rokok biasa terhadap kesihatan seksual seekor tikus jantan.
Kajian dan ukuran terlibat adalah berdasarkan jumlah sperma dihasilkan haiwan itu, rupa testisnya di bawah mikroskop dan impak tekanan pada darah dan alat kelamin.
Penulis kajian melaporkan; “Walaupun cecair (e-rokok) diperkenalkan sebagai (sesuatu yang) tidak berbahaya dalam rangka kajian henti merokok, ia boleh meningkatkan tekanan oksidatif dan menyebabkan perubahan morfologi testis”.
Rokok biasa yang lama dikaitkan dengan ketidaksuburan lelaki pula diketahui lebih teruk dari segi mengurangkan jumlah sperma dan mengganggu fungsi seksual.

Foto: Hasil kajian menunjukkan penurunan jumlah sperma sampel kajian daripada tahun 1972-2020 (kuning) dan daripada 2000-2020 (merah).
Limitasi utama kajian itu adalah kajiannya dilakukan ke atas tikus walaupun penulis kajian percaya penyelidikan yang lebih meluas tentang kesan vape pada manusia diperlukan.
Tetapi kesan negatif vape ke atas kesuburan bukanlah sesuatu yang asing kerana kajian di Denmark pada 2020 ke atas lebih 2,000 lelaki mendapati penggunaan harian e-rokok oleh sekumpulan individu menunjukkan kiraan sperma rendah berbanding mereka yang tidak menghisapnya.
Penemuan pasukan pengkaji itu cuma menambah longgokan bukti bahaya e-rokok yang pernah dijadikan alternatif lebih selamat pada awal penciptaannya hingga pertengahan 2010-an.
Sejak itu, saintis menemui pelbagai risiko kesihatan berkaitan dengan vape yang melangkau permasalahan ketagihan nikotin, termasuk tekanan darah tinggi, asma, masalah pernafasan, peningkatan risiko serangan jantung dan kecederaan paru-paru akut.
Sumber: Daily Mail
