Terkini
Tun Mahathir akan tetap suarakan isu 3R, walaupun sudah 9 kali dipanggil polis
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tetap akan bersuara mengenai isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) walaupun disiasat pihak berkuasa.
- Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tetap akan bersuara mengenai isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) walaupun disiasat pihak berkuasa.
- “Nak siasat, siasatlah… ini sudah sembilan kali saya dipanggil. Selepas ini 10, 11 (kali)… tak apa, kita akan kira berapa kali dipanggil,” katanya.
- Dr Mahathir mengulangi dakwaannya bahawa larangan membangkitkan isu 3R adalah tidak berperlembagaan.
- “Dia (Perdana Menteri) nak tutup mulut kita bercakap isu 3R, apa hak dia? Tetapi saya tahulah beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh suruh polis soal saya.
- “Saya nak cakap juga untuk bangsa saya. Saya tak nak melihat bangsa saya hilang negara,” kata ketika berucap pada Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, di Markas PAS Kawasan Bakri, di sini, semalam.
MUAR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tetap akan bersuara mengenai isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) walaupun disiasat pihak berkuasa.
Malah, katanya, beliau sudah sembilan kali dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung isu 3R.
“Nak siasat, siasatlah… ini sudah sembilan kali saya dipanggil. Selepas ini 10, 11 (kali)… tak apa, kita akan kira berapa kali dipanggil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, di Markas PAS Kawasan Bakri, di sini, semalam.
Yang turut hadir ialah Pengerusi PN merangkap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau; Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin; dan calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya.
Seterusnya, Dr Mahathir turut mengulangi dakwaannya bahawa larangan membangkitkan isu 3R adalah tidak berperlembagaan.
“Saya baca Perlembagaan beberapa kali, hendak cari adakah Perdana Menteri boleh membuat undang-undang sedangkan yang boleh buat (undang-undang) adalah Dewan Rakyat.
“Dia (Perdana Menteri) nak tutup mulut kita bercakap isu 3R, apa hak dia? Tetapi saya tahulah beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh suruh polis soal saya.
“Saya nak cakap juga untuk bangsa saya. Saya tak nak melihat bangsa saya hilang negara.
“Saya tahu apa yang diucapkan di sini akan dicatat pihak tertentu… saya kena panggil pula lagi. Kalau tanya kenapa cakap macam itu, jawapan saya senang saja… kalau salah dakwa di mahkamah. Selepas itu, bolehlah saya jawab di mahkamah.
“Namun, mereka kata ada undang-undang yang mana mereka boleh tangkap saya tetapi tidak perlu dibawa ke mahkamah,” dakwanya.
Sumber: Berita Harian