Connect with us

Terkini

Toleransi ada hadnya, KPM diminta tidak tunduk desakan isu Modul Hadis 40 Imam Nawawi

Kementerian Pendidikan (KPM) digesa untuk tidak tunduk dengan desakan pihak tertentu berhubung isu pengajaran Modul Hadis 40 Imam Nawawi yang akan diperkenalkan untuk pelajar Islam di sekolah seluruh negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Toleransi ada hadnya, KPM diminta tidak tunduk desakan isu Modul Hadis 40 Imam Nawawi
Foto: Pengerusi Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias.
  • Kementerian Pendidikan (KPM) digesa untuk tidak tunduk dengan desakan pihak tertentu berhubung isu pengajaran Modul Hadis 40 Imam Nawawi yang akan diperkenalkan untuk pelajar Islam di sekolah seluruh negara, kata Pengerusi Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias.
  • Lukman Sheriff yang juga seorang peguam berkata, ini kerana isu itu mempunyai implikasi besar kepada rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.
  • Katanya, toleransi kerajaan dalam isu modul hadis 40 yang kini menjadi polemik itu sepatutnya ada hadnya.
  • “Besar sangat implikasi kalau kita tunduk. Seolah-olah agama kita tak betul. Seolah-olah ada hadis tak sesuai untuk Muslim di Malaysia. Nanti anak kita ada impression agama kita tak betul. Bahaya ini. Agama Islam patut Muslim tentukan,” kata Lukman Sheriff dalam hantaran di akaun Facebooknya semalam.
  • Hantaran di Facebook Lukman Sheriff itu turut disertakan dengan tangkap layar berita The Merdeka Times (TMT) bertajuk “KPM keluarkan lima hadis daripada Modul 40 Hadis Imam Nawawi – Arun Dorasamy” merujuk kepada isu pengajaran modul hadis itu.
  • TMT pada 4 September lalu melaporkan kenyataan Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy yang mendakwa KPM telah mengeluarkan lima hadis, termasuk hadis kelapan, daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS). 
  • “Tak betul ini. Toleransi kita pun mesti ada had. Minta sangat kerajaan buat (tindakan) yang betul. Kita di belakang KPM pertahan hadis 40 ini,” kata Lukman Sheriff.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) digesa untuk tidak tunduk dengan desakan pihak tertentu berhubung isu pengajaran Modul Hadis 40 Imam Nawawi yang akan diperkenalkan untuk pelajar Islam di sekolah seluruh negara.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata, ini kerana isu itu mempunyai implikasi besar kepada rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.

Katanya, toleransi kerajaan dalam isu modul hadis 40 yang kini menjadi polemik itu sepatutnya ada hadnya.

“Saya ingat tak nak tulis tentang ini tapi rasa terpaksa sebelum ini ditetapkan. Saya harap KPM tak tunduk. Besar sangat implikasi kalau kita tunduk. 

“Seolah-olah agama kita tak betul. Seolah-olah ada hadis tak sesuai untuk Muslim di Malaysia. 

“Nanti anak kita ada impression agama kita tak betul. Bahaya ini. Agama Islam patut Muslim tentukan,” kata Lukman Sheriff dalam hantaran di akaun Facebooknya semalam.

Hantaran di Facebook Lukman Sheriff itu turut disertakan dengan tangkap layar berita The Merdeka Times (TMT) bertajuk “KPM keluarkan lima hadis daripada Modul 40 Hadis Imam Nawawi – Arun Dorasamy” merujuk kepada isu pengajaran modul hadis itu.

TMT pada 4 September lalu melaporkan kenyataan Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy yang mendakwa KPM telah mengeluarkan lima hadis, termasuk hadis kelapan, daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS). 

Setakat ini, usaha TMT untuk mendapatkan maklum balas MHS belum membuahkan hasil, malah tiada sebarang kenyataan KPM dikeluarkan berhubung dakwaan Arun itu.

Lukman Sheriff, yang juga seorang peguam, berkata amalan Muslim di Malaysia adalah amat toleran dan bertolak ansur. 

Katanya, rakyat negara ini yang berbilang bangsa dan agama hidup dengan aman dan damai sejak sekian lama.

“Kita bersahabat semua bangsa dari kecil. Kita kind/berbaik terhadap semua bangsa. Semua ini ajaran Islam amalan kita,” katanya.

Lukman Sheriff berkata isu modul hadis 40 itu tidak boleh dilihat secara ‘in silo’ dan memilih-milih hadis. 

“Tak betul ini. Toleransi kita pun mesti ada had. Minta sangat kerajaan buat (tindakan) yang betul. Kita di belakang KPM pertahan hadis 40 ini,” katanya.

Mengulas isu sama, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam hantaran video di media sosial semalam berkata, tiada guna melayani atau menyenangi puak ekstremis anti-Islam kerana mereka tetap tidak akan berpuas hati dengan orang Islam berhubung isu itu. – The Merdeka Times 

Sumber: Lukman Sheriff (facebook.com) 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *