Connect with us

Terkini

Terjah kilang beras, Akmal Saleh ancam tarik lesen jika enggan patuh arahan

Masalah ketiadaan beras tempatan di pasaran mendorong Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menerjah operasi kilang beras dan memberi amaran kepada pihak pengilang jika gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Terjah kilang beras, Akmal Saleh ancam tarik lesen jika enggan patuh arahan
Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh (berbaju hitam).
  • Masalah ketiadaan beras tempatan di pasaran mendorong Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menerjah operasi kilang beras dan memberi amaran kepada pihak pengilang jika gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan.
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga EXCO kerajaan Melaka itu menegaskan, tugas beliau melindungi rakyat dan bukannya tauke besar.
  • Menerusi video berdurasi tiga minit 24 saat, Akmal mengancam menarik lesen pengilang yang enggan mengeluarkan beras tempatan dengan paket dan harga yang ditetapkan kerajaan.
  • Katanya, margin keuntungan yang kecil tidak boleh dijadikan alasan oleh pengilang untuk tidak mengeluarkan beras tempatan.
  • “Sekarang ini you punya lesen, you kata rugi tak mahu jual (beras tempatan), saya boleh panggil kerajaan tarik you punya lesen semua,” katanya dalam video yang dimuatnaik di Facebooknya, malam semalam.

KUALA LUMPUR: Masalah ketiadaan beras tempatan di pasaran mendorong Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menerjah operasi kilang beras dan memberi amaran kepada pihak pengilang jika gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga EXCO kerajaan Melaka itu menegaskan, tugas beliau melindungi rakyat dan bukannya tauke besar.

Menerusi video berdurasi tiga minit 24 saat, Akmal mengancam menarik lesen pengilang yang enggan mengeluarkan beras tempatan dengan paket dan harga yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, margin keuntungan yang kecil tidak boleh dijadikan alasan oleh pengilang untuk tidak mengeluarkan beras tempatan.

“Kalau you (awak) tak mahu buat you cakap, saya tarik you punya lesen. Kalau you cakap you rugi ini kerajaan punya arahan tahu RM26 (sepaket).

“Kalau you rugi, you cakap dengan saya (saya) sekarang, saya tarik you punya lesen kasi (beri) orang lain hantar (beras).

“Sekarang ini you punya lesen, you kata rugi tak mahu jual (beras tempatan), saya boleh panggil kerajaan tarik you punya lesen semua,” katanya dalam video yang dimuatnaik di Facebooknya, malam semalam.

Video itu memaparkan Akmal sedang mendesak pengilang supaya mengeluarkan beras tempatan seperti mana arahan kerajaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kilang yang diterjah Akmal, namun dipercayai ia berlaku di Melaka.

Sebelum ini, Akmal mencadangkan supaya kerajaan mengehadkan penjualan beras tempatan kepada warga asing berikutan kenaikan harga yang didorong oleh kekurangan bekalan di pasaran.

Akmal menjelaskan, ia bukan soal diskriminasi, tetapi menyatakan keutamaan harus diberikan kepada rakyat tempatan.

Di ruangan komen, ramai warganet memuji usaha itu termasuk seorang pengguna Facebook dengan akaun bernama, Izzara Maya, bersetuju kerana tidak mungkin kilang tidak memperoleh keuntungan.

“Betul la tu, sudah dapat lesen membungkus beras tempatan tapi tidak mahu buat sebab tak untung, ia tidak mungkin,” katanya. 

Mus Lat pula berpendapat, pengilang itu yang menyorok beras dan tidak mahu mengeluarkan kepada rakyat.

“Mereka ini yang sorok beras tidak mahu mengeluarkannya untuk rakyat, tiba-tiba beras tempatan hilang dari radar bila harga beras import naik harga.

“Tarik saja lesen mereka yang buat perangai,” katanya yang memuji tindakan Akmal yang tidak berlembut dengan pengilang.

Sumber: Berita Harian

Author