Connect with us

Terkini

SKMM bertindak berlandaskan undang-undang – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil mempertahankan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap portal media tempatan yang didakwa melampaui batas dalam laporannya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

SKMM bertindak berlandaskan undang-undang - Fahmi Fadzil
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil mempertahankan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap portal media tempatan yang didakwa melampaui batas dalam laporannya.
  • Beliau menegaskan apa sahaja MCMC lakukan berlandaskan undang-undang.
  • “Mereka tidak merujuk segala-galanya kepada saya sebelum mengambil sebarang tindakan.
  • “Malah, kadangkala ia adalah siasatan bersama dengan pihak polis susulan aduan awam yang mereka terima,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023) di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil mempertahankan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) terhadap portal media tempatan yang didakwa melampaui batas dalam laporannya.

Beliau menegaskan apa sahaja yang MCMC lakukan adalah berlandaskan undang-undang.

“Mereka tidak merujuk segala-galanya kepada saya sebelum mengambil sebarang tindakan.

“Malah, kadangkala ia adalah siasatan bersama dengan pihak polis susulan aduan awam yang mereka terima,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023) di sini, hari ini.

Fahmi berkata, beliau perlu mendapatkan beberapa taklimat daripada MCMC sebelum boleh mengulas sepenuhnya.

“Tetapi saya menghormati pandangan wartawan sama ada wartawan veteran mahupun wartawan muda. Bagi saya semua wartawan penting,” katanya sambil menambah kebebasan media adalah sesuatu yang sangat penting bagi kerajaan.

Beliau berkata, memastikan fakta tepat juga sangat penting dan terdapat beberapa aduan awam yang dipanjangkan kepadanya.

Berikutan itu, katanya, beliau dan Timbalan Menteri percaya Majlis Media Malaysia akan menjadi jalan yang sangat baik untuk membincangkan dan menyelesaikan isu berkaitan industri media. 

“Kita harap pada tahun depan kita boleh bentang ke Parlimen dan meluluskan undang-undang supaya organisasi media boleh ada (Majlis Media Malaysia),” katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berharap semua pihak memainkan peranan untuk mengingatkan satu sama lain bahawa walaupun mempunyai kebebasan media, kebebasan bersuara, ia tidak bermakna hak itu disalahgunakan untuk memfitnah.

Ditanya mekanisme yang digunakan kementeriannya untuk menentukan sama ada laporan media palsu atau salah, Fahmi berkata, MCMC mempunyai proses dalaman mereka sendiri.

“Dalam kes laporan berita, fakta perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum tindakan diambil,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *