Connect with us

Antarabangsa

PM Libya tolak normalisasi dengan Israel susulan mesyuarat rahsia menteri  

Perdana Menteri Libya menolak sebarang usaha menormalisasikan hubungan dengan Israel beberapa hari selepas berita tersebar mengenai pertemuan rahsia antara dua menteri luar negara itu. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PM Libya tolak normalisasi dengan Israel susulan mesyuarat rahsia menteri  
Foto: Perdana Menteri Libya, Abdul Hamid Dbeibeh.
  • Perdana Menteri Libya menolak sebarang usaha menormalisasikan hubungan dengan Israel beberapa hari selepas berita tersebar mengenai pertemuan rahsia antara dua menteri luar negara itu. 
  • Menteri Luar Israel, Eli Cohen pada Ahad lalu secara terbuka mengumumkan dia dan Menteri Luar Libya, Najla Mangoush mengadakan pertemuan di Rom pada minggu sebelumnya, pertemuan pertama seumpamanya membabitkan diplomat tertinggi dari kedua-dua negara. 
  • “Kami mengesahkan penolakan kami terhadap sebarang bentuk normalisasi,” kata Perdana Menteri Libya itu semasa mesyuarat jemaah menteri yang disiarkan pada petang Khamis dipetik Arab News. 
  • Di bawah undang-undang 1957 di Libya, sebarang usaha menormalisasikan hubungan dengan Israel adalah diharamkan.
  • Libya menjadi huru-hara selepas pemberontakan disokong NATO yang menyaksikan Muammar Qaddafi digulingkan pada 2011.

KAHERAH – Perdana Menteri Libya menolak sebarang usaha menormalisasikan hubungan dengan Israel beberapa hari selepas berita tersebar mengenai pertemuan rahsia antara dua menteri luar negara itu. 

Menteri Luar Israel, Eli Cohen pada Ahad lalu secara terbuka mengumumkan dia dan Menteri Luar Libya mengadakan pertemuan di Rom pada minggu sebelumnya, pertemuan pertama seumpamanya membabitkan diplomat tertinggi dari kedua-dua negara. 

Perdana Menteri Libya, Abdul Hamid Dbeibah pada keesokkan harinya bertindak menggantung jawatan Menteri Luar, Najla Mangoush dan melancarkan siasatan ke atas mesyuarat tertutup itu. 

Di bawah undang-undang 1957 di Libya, sebarang usaha menormalisasikan hubungan dengan Israel adalah diharamkan.

“Kami mengesahkan penolakan kami terhadap sebarang bentuk normalisasi,” kata Perdana Menteri Libya itu semasa mesyuarat jemaah menteri yang disiarkan pada petang Khamis dipetik Arab News. 

“Hidup Libya, hidup Palestin dan hidup perjuangan Palestin di dalam hati kita semua,” katanya. 

Sementara itu, Kementerian Luar Israel enggan mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Libya itu. 

Pertemuan sulit itu mencetuskan tindakan protes jalanan di beberapa bandar di Libya, mendorong Najla bertindak melarikan diri ke Turkiye kerana bimbang akan keselamatannya. 

Dua pegawai kanan kerajaan Libya sebelum ini memberitahu The Associated Press bahawa Perdana Menteri Libya itu sebenarnya mengetahui tentang perbincangan antara menteri luarnya dengan ketua diplomat Israel. 

Salah seorang pegawai kanan kerajaan itu juga mendakwa Abdul Hamid memberikan kelulusan awal untuk menyertai Abraham Accords diterajui Amerika Syarikat, tetapi Perdana Menteri Libya itu bimbang akan tindak balas rakyat di negara itu, di mana sokongan terhadap Palestin adalah kuat. 

Libya menjadi huru-hara selepas pemberontakan disokong NATO yang menyaksikan Muammar Qaddafi digulingkan pada 2011. 

Sumber: https://www.arabnews.com/node/2365226/middle-east

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *