Connect with us

Antarabangsa

Pesakit kanser golongan muda meningkat 80 peratus – Kajian

Bilangan pesakit kanser di bawah lingkungan usia 50-an di seluruh dunia meningkat hampir 80 peratus dalam tempoh tiga dekad, demikian menurut satu kajian berskala besar seperti dilaporkan akhbar The Guardian kelmarin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pesakit kanser golongan muda meningkat 80 peratus – Kajian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bilangan pesakit kanser di bawah lingkungan usia 50-an di seluruh dunia meningkat hampir 80 peratus dalam tempoh tiga dekad, demikian menurut satu kajian berskala besar seperti dilaporkan akhbar The Guardian kelmarin.
  • Kajian terbaharu yang diketuai oleh kumpulan penyelidik Universiti Edinburgh, Scotland dan Universiti Zhejiang, China itu adalah yang pertama seumpamanya bagi mengkaji kes kanser pada skala global dan faktor risiko untuk orang dewasa yang lebih muda.
  • Para penyelidik menganalisis data dari 204 buah negara yang meliputi 29 jenis kanser. 
  • Kes global kanser yang dihidapi individu berumur seawal 18 hingga 49 tahun meningkat daripada 1.82 juta orang pada 1990 kepada 3.26 juta pada 2019, yang merangkumi peningkatan 79 peratus.

EDINBURGH, SCOTLAND – Bilangan pesakit kanser di bawah lingkungan usia 50-an di seluruh dunia meningkat hampir 80 peratus dalam tempoh tiga dekad, demikian menurut satu kajian berskala besar seperti dilaporkan akhbar The Guardian kelmarin.

Kajian terbaharu yang diketuai oleh kumpulan penyelidik Universiti Edinburgh, Scotland dan Universiti Zhejiang, China itu adalah yang pertama seumpamanya bagi mengkaji kes kanser pada skala global dan faktor risiko untuk orang dewasa yang lebih muda.

Para penyelidik menganalisis data dari 204 buah negara yang meliputi 29 jenis kanser. 

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal BMJ Oncology itu, kes global kanser yang dihidapi individu berumur seawal 18 hingga 49 tahun meningkat daripada 1.82 juta orang pada 1990 kepada 3.26 juta pada 2019, yang merangkumi peningkatan 79 peratus.

Lebih satu juta penduduk dunia di bawah umur 50-an pula mati setiap tahun dalam tempoh tiga dekad akibat kanser.

Menurut pengarang-pengarang kajian tersebut, diet tidak seimbang, pengambilan makanan tinggi kandungan garam, pengambilan minuman beralkohol dan penggunaan tembakau, kurang makan buah dan susu, fizikal yang tidak aktif serta obesiti mungkin menjadi antara faktor peningkatan kes tersebut.

“Sejak 1990, kes dan kematian kanser pada umur bawah 50 tahun telah meningkat dengan ketara di seluruh dunia,” kata laporan tersebut.

Kanser payu dara menyumbang bilangan kes dan kematian terbanyak dengan masing-masing mencatatkan sebanyak 13.7 kes dan 3.5 kematian bagi setiap 100,000 penduduk dunia. Ini diikuti dengan kanser trakea, paru-paru, perut dan usus. 

Kes kanser trakea awal dan kanser prostat pula meningkat paling cepat antara 1990 dan 2019 dengan anggaran kenaikan peratusan tahunan masing-masing sebanyak 2.28 peratus dan 2.23 peratus. 

Dalam pada itu, kes kanser hati pada umur 18 hingga 49 tahun menurun dengan anggaran 2.88 peratus setahun dalam tempoh tiga dekad lalu.

Sejumlah 1.06 juta penduduk di bawah lingkungan umur 50-an pula meninggal dunia akibat kanser pada 2019, meningkat 27 peratus berbanding 1990. 

Kenaikan paling mendadak dalam kematian adalah dalam kalangan penghidap kanser buah pinggang atau ovari.

Sementara itu, dari segi lokasi, kadar tertinggi pesakit kanser di bawah umur 50 tahun pada 2019 dicatatkan di Amerika Utara, Oceania dan Eropah Barat. 

Negara berpendapatan rendah dan sederhana turut terjejas dengan kadar kematian tertinggi direkodkan di Oceania, Eropah Timur dan Asia Tengah. 

Berdasarkan trend yang dicatatkan sepanjang tempoh berkenaan, para penyelidik menjangkakan kes kanser awal dan kematian berkaitan akan terus meningkat di seluruh dunia menjelang 2030 dengan masing-masing sebanyak 31 peratus dan 21 peratus. – AGENSI 

Sumber: Kosmo 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *