Antarabangsa
Perubahan iklim boleh jejaskan hak asasi kanak-kanak – Pemerhati kanak-kanak
Pemerhati kanak-kanak di Makassar, Sulawesi Selatan, Dr Hadawiah Hatita, berkata bahawa perubahan iklim boleh menjejaskan hak asasi, sosial dan budaya kanak-kanak.
- Pemerhati kanak-kanak di Makassar, Sulawesi Selatan, Dr Hadawiah Hatita, berkata perubahan iklim boleh menjejaskan hak asasi, sosial dan budaya kanak-kanak.
- “Pemanasan global, merupakan sebahagian daripada perubahan iklim, berpotensi menjejaskan hak asasi kanak-kanak, termasuk hak sosial dan budaya mereka,” kata Hatita.
- Sebagai contoh kanak-kanak biasanya berjalan kaki ke sekolah namun, akibat cuaca panas melampau, kanak-kanak kini lebih gemar memilih perkhidmatan teksi dan motosikal berasaskan dalam talian, katanya.
- “Akibat bencana alam ini, aktiviti sekolah kanak-kanak terganggu, sehingga peluang pendidikan tidak dapat dipenuhi dengan baik,” jelas Pengarah Eksekutif Institut Pendidikan dan Penerangan Media Awam (LaPISmedik) itu.
MAKASSAR: Pemerhati kanak-kanak di Makassar, Sulawesi Selatan, Dr Hadawiah Hatita, berkata bahawa perubahan iklim boleh menjejaskan hak asasi, sosial dan budaya kanak-kanak.
“Pemanasan global, yang merupakan sebahagian daripada perubahan iklim, berpotensi menjejaskan hak asasi kanak-kanak, termasuk hak sosial dan budaya mereka,” kata Hatita di sini pada Ahad, lapor agensi berita ANTARA.
Beliau berkata perubahan iklim telah menjejaskan keperluan asas, serta gaya hidup sosial dan budaya mereka.
Sebagai contoh kanak-kanak biasanya berjalan kaki ke sekolah namun, akibat cuaca panas melampau, kanak-kanak kini lebih gemar memilih perkhidmatan teksi dan motosikal berasaskan dalam talian, katanya.
Sementara itu, kanak-kanak di kawasan luar bandar atau pantai berkemungkinan lebih terjejas akibat cuaca ekstrem dan bencana ekologi, seperti banjir dan tanah runtuh yang disebabkan oleh pemanasan global.
“Akibat bencana alam ini, aktiviti sekolah kanak-kanak terganggu, sehingga peluang pendidikan tidak dapat dipenuhi dengan baik,” jelas Pengarah Eksekutif Institut Pendidikan dan Penerangan Media Awam (LaPISmedik) itu.
Selain itu, perubahan iklim menyebabkan perubahan drastik dalam kehidupan sosial dan budaya kanak-kanak.
Kanak-kanak yang biasanya bermain di luar lebih cenderung bermain di dalam rumah kerana kesan pemanasan global dan perkembangan teknologi komunikasi.
Menurut Hatita, keadaan ini secara beransur-ansur memberi beberapa kesan terhadap sosiobudaya kanak-kanak, kerana mereka kurang berinteraksi dengan rakan atau orang lain di luar rumah.
Sumber: Astro Awani
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia