Connect with us

Antarabangsa

Perancis peruntukkan RM10 juta untuk pembela hak LGBTQ+ 

Perancis akan memperuntukkan dana €2 juta (RM10.03 juta) kepada kedutaannya di seluruh dunia bagi menyokong dan mempromosi hak LGBTQ+, kata Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perancis peruntukkan RM10 juta untuk pembela hak LGBTQ+ 
Foto: Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna.
  • Perancis akan memperuntukkan dana €2 juta (RM10.03 juta) kepada kedutaannya di seluruh dunia bagi menyokong dan mempromosi hak LGBTQ+, kata Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna.
  • Colonna mengumumkan perkara itu, ketika berucap mengenai ulang tahun ke-15 penubuhan LGBTQI Core Group, pada pembukaan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) tahunan di New York, Isnin lalu.
  • Dana itu bertujuan “menyokong usaha mempertahankan hak-hak seharian individu LGBTQ+ di serata dunia yang kadang kala merisikokan nyawa mereka,” kata jurucakap kepada Menteri Luar Perancis itu, Anne-Claire Legendre.
  • Di pembukaan UNGA ke-78 itu, Perancis mengulangi sokongan negara itu terhadap tindakan menyahjenayahkan homoseksual dan menyokong hak LGBTQ+ di seluruh dunia.

Perancis akan memperuntukkan dana €2 juta (RM10.03 juta) kepada kedutaannya di seluruh dunia bagi menyokong dan mempromosi hak LGBTQ+, kata Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna.

Colonna mengumumkan perkara itu, ketika berucap mengenai ulang tahun ke-15 penubuhan LGBTQI Core Group, pada pembukaan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) tahunan di New York, Isnin lalu.

Dana itu bertujuan “menyokong usaha mempertahankan hak-hak seharian individu LGBTQ+ di serata dunia yang kadang kala merisikokan nyawa mereka,” kata jurucakap kepada Menteri Luar Perancis itu, Anne-Claire Legendre dipetik portal berita RFI.

Legendre memaklumkan penyertaan Menteri Luar Perancis itu merupakan penampilan pertamanya di UNGA.

Colonna ditemani Jean-Marc Berthon, duta Perancis dalam hal ehwal khas hak LGBTQ+.

Perancis antara sebilangan kecil negara yang mempunyai duta bagi hal ehwal kelompok songsang itu.

Di pembukaan UNGA ke-78 itu, Perancis mengulangi sokongan negara itu terhadap tindakan menyahjenayahkan homoseksual dan menyokong hak LGBTQ+ di seluruh dunia.

Deklarasi LGBTQI Core Group menyatakan 65 negara masih menjadikan homoseksualiti sebagai perlakuan jenayah.

Sumber: RFI

Author