Connect with us

Terkini

Pengampunan Najib tidak dipersetujui PH – Rafizi

Pakatan Harapan (PH) kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju pengampunan diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Rafizi Ramli.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pengampunan Najib tidak dipersetujui PH – Rafizi
Foto: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli (kiri) & bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan).
  • Pakatan Harapan (PH) kekal pendirian tidak bersetuju pengampunan diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Rafizi Ramli.
  • “Itu memang pendirian kita (PH), cuma proses pengampunan ini, ada proses tertentunya dan akhirnya ia adalah di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
  • “Namun jika ingin bertanya sama ada bersetuju, sebagai PH kami tidak bersetuju dan kami juga tidak mencampuri urusan terbabit,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program ‘Power Chat’ dan Pelancaran Rasmi Kovensyen Usahawan Cina Sedunia Ke-17 anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) di sini, semalam.
  • Rafizi berkata, biarpun tidak bersetuju dengan pengampunan terbabit, Najib berhak membuat permohonan diampunkan seperti termaktub dalam Perlembagaan.
  • Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju pengampunan diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR itu, berkata walaupun PH tidak bersetuju namun gabungan itu tidak mencampuri urusan berkaitan pengampunan terbabit.

“Itu memang pendirian kita (PH), cuma proses pengampunan ini, ada proses tertentunya dan akhirnya ia adalah di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Namun jika ingin bertanya sama ada bersetuju, sebagai PH kami tidak bersetuju dan kami juga tidak mencampuri urusan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program ‘Power Chat’ dan Pelancaran Rasmi Kovensyen Usahawan Cina Sedunia Ke-17 anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) di sini, semalam.

Rafizi berkata, biarpun tidak bersetuju dengan pengampunan terbabit, Najib berhak membuat permohonan untuk diampunkan seperti termaktub dalam Perlembagaan.

“Sama ada kita bersetuju atau sebaliknya, akhirnya ia terpulang kepada mereka yang memiliki mandat (untuk memberi pengampunan), dan ia bukan (daripada) kerajaan,” katanya.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Mohd Nazlan sehubungan itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun memfailkan petisyen pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan (PP) pada 2 September 2022.

Sumber: Berita Harian

Author