Terkini
Pelaksanaan Cukai Barang Mewah masih dalam perancangan – Timbalan Menteri Kewangan II
Cukai Barangan Mewah yang diumumkan pada Belanjawan 2023, masih lagi dalam peringkat konsultasi bersama pihak industri. Sebelum ini perincian cukai terbabit dilaporkan diumum kerajaan menjelang Jun.

- Cukai Barangan Mewah diumumkan pada Belanjawan 2023, masih peringkat konsultasi bersama pihak industri. Sebelum ini perincian cukai dilaporkan diumum kerajaan menjelang Jun.
- Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim, berkata kerajaan masih melaksanakan konsultasi bersama pemegang taruh dan pihak industri termasuk pelancongan, peruncitan dan barangan kemas, memastikan tidak memberi kejutan kepada pasaran.
- “Setakat ini masih dalam perancangan. Kita tidak mahu memperkenalkan satu cukai baharu dengan terburu-buru. Kalau belum ada satu kata putus yang membolehkan kita melaksanakan cukai dengan cekap, maka kita akan ambil masa sedikit,” katanya.
SHAH ALAM: Cukai Barangan Mewah yang diumumkan pada Belanjawan 2023, masih lagi dalam peringkat konsultasi bersama pihak industri. Sebelum ini perincian cukai terbabit dilaporkan diumum kerajaan menjelang Jun.
Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim, berkata ketika ini kerajaan masih melaksanakan konsultasi bersama pemegang taruh dan pihak industri termasuk pelancongan, peruncitan dan barangan kemas, bagi memastikan ia tidak memberi kejutan kepada pasaran.
“Setakat ini masih dalam perancangan. Kita tidak mahu memperkenalkan satu cukai baharu dengan terburu-buru. Kalau belum ada satu kata putus yang membolehkan kita melaksanakan cukai dengan cekap, maka kita akan ambil masa sedikit.
“Kita nak pastikan apabila kita laksana cukai ini nanti, ia bukan sahaja tidak mengejutkan pasaran, tetapi boleh dilaksana dengan cekap supaya hasil negara boleh meningkat,” jelas beliau ketika ditanya mengenai perkembangan pelaksanaan cukai terbabit.
Sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan semasa menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 berkata kerajaan kini sedang memperincikan cukai terbabit termasuk jumlah cukai dan jenis barangan yang akan dikenakan cukai terbabit.
Sim ditemui pada Jelajah Belanjawan 2024 di Selangor yang juga menjadi lokasi terakhir jelajah berkenaan yang menyaksikan kerajaan mengadakan pertemuan bersama sekitar 8,000 pihak berkepentingan dan menerima lebih 10,000 maklum balas melalui portal.
Jelasnya lagi, Kementerian Kewangan sedang mempertimbangkan semua maklum balas yang diterima untuk dinilai dan diperhalusi bagi pembentangan pada 13 Oktober depan di Dewan Rakyat.
“Kita akan memberi pertimbangan yang setara kepada semua. Daripada situ, pasukan Belanjawan 2024 akan membuat perincian tentang keutamaan dan fokus kerajaan yang kita akan ambil sebagai garis panduan,” beliau berkata kepada pemberita.
Antara yang memberi maklum balas termasuk daripada kerajaan negeri, wakil rakyat, penjawat awam, sektor swasta, badan bukan kerajaan serta individu.
Bagaimanapun, kerajaan tidak dapat melaksana setiap cadangan kerana ia perlu mengambil kira banyak faktor. Ini merangkumi perbezaan keperluan untuk memenuhi sektor tertentu serta permintaan yang bercanggah dengan keperluan.
Sumber: Buletin TV3
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN