Antarabangsa
Pelajar PhD OKU didakwa dipukul kumpulan sayap pelampau Hindutva
Seorang pelajar PhD kurang upaya (OKU) didakwa dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di Asrama Kaveri, Universiti Jawaharlal Nehru (JNU).
- Seorang pelajar PhD kurang upaya (OKU) didakwa dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di Asrama Kaveri, Universiti Jawaharlal Nehru (JNU).
- Kesatuan Pelajar Kebangsaan India (NSUI) mendakwa serangan itu dilakukan kumpulan Akhil Bharatiya Vidyarthi Parishad (ABVP) iaitu organisasi pelajar berhaluan kanan parti politik Bharatiya Janata (BJP).
- Farooque Alam, pelajar OKU yang juga ahli senior NSUI itu dikatakan diserang ahli kumpulan ABVP pada Rabu lalu tetapi insiden serangan itu dinafikan ABVP.
- Bagaimanapun, ABVP memberitahu tidak seorang pun ahli mereka berada di lokasi itu serta menegaskan mereka tidak terlibat.
Seorang pelajar PhD kurang upaya (OKU) didakwa dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di Asrama Kaveri, Universiti Jawaharlal Nehru (JNU).
Kesatuan Pelajar Kebangsaan India (NSUI) mendakwa serangan itu dilakukan kumpulan Akhil Bharatiya Vidyarthi Parishad (ABVP) iaitu organisasi pelajar berhaluan kanan parti politik Bharatiya Janata (BJP).
Farooque Alam, pelajar OKU yang juga ahli senior NSUI itu dikatakan diserang ahli kumpulan ABVP pada Rabu lalu tetapi insiden serangan itu dinafikan ABVP.
ABVP memberitahu tidak seorang pun ahli mereka berada di lokasi itu serta menegaskan mereka tidak terlibat, malah sibuk membantu pelajar-pelajar lain ketika itu.
“Dalam kejadian ngeri Hostel Kaveri hari ini, seorang warden senior Hostel Kaveri dan samseng ABVP menyerang aktivis NSUI dan aktivis senior kami (iaitu) Farooque Alam yang merupakan seorang OKU dan sarjana penyelidik di JNU,” tulis NSUI- the student wing of the Congress tulis di platform X.
This is the real face of @ABVPVoice.
In a horrific incident in Kaveri hostel today, the senior warden of Kaveri hostel and their domesticated ABVP goons attacked NSUI activists and our senior activist, Farooque Alam, who is a physically handicapped research scholar at JNU. We… pic.twitter.com/BiYMRKbvGU— NSUI (@nsui) September 6, 2023
Farooque yang melanjutkan pengajian PhD di JNU dan bakal melengkapkan penyelidikannya dalam dua bulan itu dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam serangan itu dan kemudiannya dimasukkan ke AIIMS di Delhi dalam keadaan kritikal.
NSUI mendakwa ABVP yang merupakan sayap pelajar BJP dilindungi pentadbiran JNU dan kuasa politik.
We strongly condemn the violent attack on physically handicapped NSUI activists by ABVP goons in Kaveri hostel, JNU. Let’s unite against such actions and demand#BanABVP for peaceful educational campuses.#JNUViolence pic.twitter.com/dZLVUrrpYA
— NSUI (@nsui) September 6, 2023
Berikutan insiden serangan itu, JNU mengeluarkan notis menyatakan akan menjalankan siasatan terhadap pelajar yang terlibat dalam pertembungan itu.
Sumber: India.com