Antarabangsa
Normalisasi negara Arab, Israel buka kedutaan di Bahrain
Israel mengukuhkan misi diplomatiknya di rantau Teluk Parsi dengan membuka kedutaan baharu di Bahrain, kira-kira tiga tahun selepas menormalisasikan hubungan dengan kerajaan Arab itu.
- Israel mengukuhkan misi diplomatiknya di rantau Teluk Parsi dengan membuka kedutaan baharu di Bahrain, kira-kira tiga tahun selepas menormalisasikan hubungan dengan kerajaan Arab itu.
- Menteri Luar Israel, Eli Cohen menghadiri majlis perasmian Kedutaan Israel itu di Manama, semalam.
- Beliau dan rakan sejawatnya dari Bahrain, Abdullatif Al Zayani bersetuju untuk bekerjasama dalam meningkatkan hubungan perdagangan, perjalanan dan pelaburan antara kedua-dua negara itu.
- Israel dan Bahrain menjalin hubungan diplomatik pada September 2020 di bawah Perjanjian Abraham ditaja Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump.
- Bagaimanapun, Washington tidak dapat memujuk jiran Bahrain yang lebih besar iaitu Arab Saudi, untuk menormalisasikan hubungan dengan Baitul Maqdis Barat.
Israel mengukuhkan misi diplomatiknya di rantau Teluk Parsi dengan membuka kedutaan baharu di Bahrain, kira-kira tiga tahun selepas menormalisasikan hubungan dengan kerajaan Arab itu.
Menteri Luar Israel, Eli Cohen menghadiri majlis perasmian Kedutaan Israel itu di Manama, semalam.
Beliau dan rakan sejawatnya dari Bahrain, Abdullatif Al Zayani bersetuju untuk bekerjasama dalam meningkatkan hubungan perdagangan, perjalanan dan pelaburan antara kedua-dua negara itu.
Al Zayani pada majlis itu berkata, pembukaan kedutaan itu “menandakan komitmen kami bersama terhadap keselamatan dan kemakmuran untuk semua rakyat di rantau ini”.
Israel dan Bahrain menjalin hubungan diplomatik pada September 2020 di bawah Perjanjian Abraham ditaja Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump.
Bahrain, pangkalan Armada Kelima Tentera Laut AS, mengikuti Emiriah Arab Bersatu dalam menormalisasikan hubungan dengan Israel. Sudan dan Maghribi kemudiannya menyertai Perjanjian Abraham itu.
Bagaimanapun, Washington tidak dapat memujuk jiran Bahrain yang lebih besar iaitu Arab Saudi, untuk menormalisasikan hubungan dengan Baitul Maqdis Barat.
Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan bulan lalu berkata perjanjian dengan Riyadh masih jauh dari tercapai.
Arab Saudi berulang kali mengutuk pertempuran yang semakin meningkat antara Israel dan Palestin.
Ia juga menuntut jaminan keselamatan dari AS dan bantuan membangunkan industri tenaga nuklearnya sebagai pertukaran untuk menyertai Perjanjian Abraham.
Sumber: RT Breaking News