Connect with us

Antarabangsa

Mangsa banjir Libya berpotensi cecah 20,000 orang – Datuk Bandar Derna

Angka kematian bencana banjir kilat di bandar pelabuhan Derna di timur Libya beberapa hari lalu boleh mencecah 20,000 orang, kata datuk bandar kepada saluran TV Al Arabiya, Rabu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mangsa banjir Libya berpotensi cecah 20,000 orang – Datuk Bandar Derna
Foto: Keadaan banjir besar yang melanda Libya.
  • Angka kematian bencana banjir kilat di bandar pelabuhan Derna di timur Libya beberapa hari lalu boleh mencecah 20,000 orang, kata datuk bandar kepada saluran TV Al Arabiya, Rabu lalu.
  • RT melaporkan Datuk Bandar Abdulmenam al-Ghaiti berkata beliau percaya sekitar 18,000 hingga 20,000 orang berkemungkinan terkorban apabila melihat kepada tahap kemusnahan yang disebabkan banjir itu.
  • Sebelum banjir kilat berlaku, penduduk bandar itu sebelum ini dilaporkan seramai 125,00 orang. 
  • Pihak berkuasa dari kerajaan timur Libya, yang terbahagi dua itu, pada Selasa lalu menganggarkan sekurang-kurangnya 5,300 orang terbunuh, tetapi sekitar 10,000 masih hilang. 
  • Pasukan penyelamat mengebumikan mangsa dalam “tiga kubur besar” kerana kekurangan masa dan ruang untuk mengebumikan mereka secara individu, kata  Jurucakap Pusat Kecemasan dan Ambulans Libya, Osama Ali.

Angka kematian bencana banjir kilat di bandar pelabuhan Derna di timur Libya beberapa hari lalu boleh mencecah 20,000 orang, kata datuk bandar kepada saluran TV Al Arabiya, Rabu lalu.

RT melaporkan Datuk Bandar Abdulmenam al-Ghaiti berkata beliau percaya sekitar 18,000 hingga 20,000 orang berkemungkinan terkorban apabila melihat kepada tahap kemusnahan yang disebabkan banjir itu.

Sebelum banjir kilat berlaku, penduduk bandar itu sebelum ini dilaporkan seramai 125,00 orang. 

Pihak berkuasa dari kerajaan timur Libya, yang terbahagi dua itu, pada Selasa lalu menganggarkan sekurang-kurangnya 5,300 orang terbunuh, tetapi sekitar 10,000 masih hilang. 

Bencana itu disebabkan kekuatan ribut Mediterranean ‘Daniel’ yang memecahkan dua empangan di pergunungan bandar itu pada Ahad lalu sehingga menyebabkan banjir yang menghanyutkan seluruh kawasan kejiranan bandar itu ke laut.

Menteri penerbangan awam dalam pentadbiran Libya timur, Hichem Abu Chkiouat memberitahu pemberita bahawa jumlah kematian itu mungkin akan meningkat dua kali ganda.

“Laut sentiasa (menjadi tempat) terbuangnya berpuluh-puluh mayat,” kata Chkiouat kepada agensi berita Reuters.

“Tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa 25 peratus daripada bandar itu telah hilang (dihanyutkan air) serta banyak bangunan telah runtuh, katanya.

Pasukan penyelamat mengebumikan mangsa dalam “tiga kubur besar” kerana kekurangan masa dan ruang untuk mengebumikan mereka secara individu, kata  Jurucakap Pusat Kecemasan dan Ambulans Libya, Osama Ali.

Program Makanan Sedunia PBB mengumumkan penghantaran bantuan makanan pertamanya ke Libya di mana ia membantu lebih 52,000 individu, termasuk pelarian dalam negara dan pelarian di kawasan bandar.

Sementara itu, Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB, Martin Griffiths pada Selasa berkata, dana $10 juta diperuntukkan bagi membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir itu.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *