Connect with us

Antarabangsa

Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China

Pelancong China dijangka bakal menikmati pengecualian visa untuk melawat negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pelancong China dijangka bakal menikmati pengecualian visa untuk melawat negara ini.
  • Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Dalam Negeri hasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
  • Beliau berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa.
  • Menurutnya, laporan daripada Kementerian Dalam Negeri tersebut dijangka tersedia dalam tempoh seminggu dua.
  • “Yang paling baik adalah masing-masing Malaysia dan China melaksanakan dasar pengecualian secara serentak,” katanya semasa menerima wawancara Sinchew Daily.

PUTRAJAYA – Pelancong China dijangka bakal menikmati pengecualian visa untuk melawat negara ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

Beliau berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa.

Menurutnya, laporan daripada Kementerian Dalam Negeri tersebut dijangka tersedia dalam tempoh seminggu dua.

“Perdana Menteri ada menyebut soal pengecualian visa semasa melawat China baru-baru ini.

“Saya melihat ini sebagai polisi yang baik kerana dapat menarik lebih ramai pelancong China untuk melawat Malaysia.

“Yang paling baik adalah masing-masing Malaysia dan China melaksanakan dasar pengecualian secara serentak,” katanya semasa menerima wawancara Sinchew Daily.

Menurut King Sing, selain China, Perdana Menteri juga menyebut perlu menyediakan pengecualian visa untuk pelancong dari India.

Katanya, soal pengecualian visa bagaimanapun hanya dapat dilaksanakan selepas Kementerian Dalam Negeri mendraf laporan berkenaan.

Sebelum ini, Thailand telah mengumumkan pengecualian visa untuk pelancong dari China dalam tempoh 25 September hingga 29 Februari bagi menarik pelawat dari negara itu, seterusnya memulihkan industri pelancongan di Thailand.

Selain Thailand, sebuah lagi negara Asia Tenggara iaitu Kemboja dilapor sedang mempertimbangkan pengecualian visa untuk pelancong dari China.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *