Terkini
Luluskan segera RUU kawal penjualan rokok, vape – CAP
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Parlimen meluluskan segera Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau lebih dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) berikutan banyak bukti saintifik mengenai kesan e-rokok dan vape terhadap kesihatan.

- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Parlimen meluluskan segera Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau lebih dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) berikutan banyak bukti saintifik mengenai kesan e-rokok dan vape terhadap kesihatan.
- Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, kerajaan seharusnya mempertimbangkan secara serius mengharamkan sepenuhnya penjualan e-rokok dan vape di negara ini.
- Menurutnya, penghisap vape akan berdepan kesengsaraan pada masa depan dan tabiat itu sukar untuk dihapuskan sama seperti merokok.
- “RUU Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2023 diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan (JKPK) di Parlimen sebelum ini tetapi sebelum ia dibahaskan dan diluluskan Parlimen dibubarkan,” katanya.
GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Parlimen meluluskan segera Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau lebih dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) berikutan banyak bukti saintifik mengenai kesan e-rokok dan vape terhadap kesihatan.
Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, kerajaan seharusnya mempertimbangkan secara serius mengharamkan sepenuhnya penjualan e-rokok dan vape di negara ini.
Menurutnya, penghisap vape akan berdepan kesengsaraan pada masa depan dan tabiat itu sukar untuk dihapuskan sama seperti merokok.
“RUU Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2023 diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan (JKPK) di Parlimen sebelum ini tetapi sebelum ia dibahaskan dan diluluskan Parlimen dibubarkan.
“Taktik tangguhkan ini jelas di bawah tekanan daripada lobi tembakau dan ia tidak wajar sama sekali. Bagi mereka yang mempertikaikan hak individu untuk membuat keputusan bagi menghisap vape, dengan mudah tidak pedulikan bahaya vape.
“Pada asasnya tidak ada prinsip moral di sebalik hujah tersebut dan kerajaan mempunyai kewajipan untuk mengehadkan kebebasan individu. Justeru, kami gesa pengharaman sepenuhnya terhadap e-rokok dan vape,” katanya di sini.
Semalam, akhbar Kosmo! melaporkan tindakan segelintir peniaga dikesan meletakkan vape bersama gula-gula dan makanan ringan yang boleh menarik minat golongan remaja serta kanak-kanak untuk membeli rokok elektronik itu di premis mereka.
Taktik itu didedahkan Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia selepas melakukan tinjauan di beberapa premis seperti kedai runcit, kedai serbaneka dan restoran di lokasi tertentu di seluruh negara.
Sumber: Kosmo
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular