Connect with us

Antarabangsa

Lebih 340 juta wanita, kanak-kanak perempuan diancam kemiskinan tegar menjelang 2030

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa lebih 340 juta wanita dan kanak-kanak perempuan atau kira-kira lapan peratus populasi golongan itu di dunia, berisiko terus dibelenggu kemiskinan tegar menjelang 2030 jika trend semasa berterusan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 340 juta wanita, kanak-kanak perempuan diancam kemiskinan tegar menjelang 2030
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa lebih 340 juta wanita dan kanak-kanak perempuan atau kira-kira lapan peratus populasi golongan itu di dunia, berisiko terus dibelenggu kemiskinan tegar menjelang 2030 jika trend semasa berterusan.
  • Laporan baharu dikeluarkan oleh Wanita PBB, semalam, memberi gambaran suram berhubung kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita bawah Matlamat Pembangunan Mampan, iaitu agenda universal untuk menamatkan kemiskinan dalam semua bentuk menjelang 2030.
  • “Dunia gagal mencapai kesaksamaan jantina walaupun menerusi usaha global,” menurut laporan itu sebagaimana dipetik Agensi Anadolu.
  • Menurut laporan itu lagi, bilangan wanita dan kanak-kanak perempuan yang terjejas akibat konflik telah mencapai 614 juta pada 2022, meningkat 50 peratus berbanding jumlah pada 2017.

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa lebih 340 juta wanita dan kanak-kanak perempuan atau kira-kira lapan peratus populasi golongan itu di dunia, berisiko terus dibelenggu kemiskinan tegar menjelang 2030 jika trend semasa berterusan.

Laporan baharu dikeluarkan oleh Wanita PBB, semalam, memberi gambaran suram berhubung kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita bawah Matlamat Pembangunan Mampan, iaitu agenda universal untuk menamatkan kemiskinan dalam semua bentuk menjelang 2030.

“Dunia gagal mencapai kesaksamaan jantina walaupun menerusi usaha global,” menurut laporan itu sebagaimana dipetik Agensi Anadolu.

Malah, laporan itu memaklumkan bagi setiap dolar pendapatan diperoleh golongan lelaki secara global, wanita hanya mendapat 51 sen.

Menurut laporan itu lagi, bilangan wanita dan kanak-kanak perempuan yang terjejas akibat konflik telah mencapai 614 juta pada 2022, meningkat 50 peratus berbanding jumlah pada 2017.

“Dengan mengambil kira kadar kemajuan semasa, dianggarkan seramai 110 juta pelajar perempuan di dunia akan tercicir daripada persekolahan pada 2030,” katanya.

Laporan itu juga menyatakan tambahan AS$360 bilion setahun diperlukan untuk mencapai kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita merentasi matlamat global utama.

Ia memberi amaran bahawa kegagalan mengutamakan kesaksamaan jantina boleh menjejaskan keseluruhan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *