Terkini
Kuasa & kedudukan Peguam Negara mengikut Perlembagaan Persekutuan
PERLEMBAGAAN Persekutuan Malaysia menjelaskan secara terperinci mengenai kedudukan dan bidang kuasa Peguam Negara di dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

PERLEMBAGAAN Persekutuan Malaysia menjelaskan secara terperinci mengenai kedudukan dan bidang kuasa Peguam Negara di dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Peguam Negara dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) mengikut nasihat daripada Perdana Menteri.
Daripada peruntukan itu jelas bahawa Peguam Negara yang dilantik adalah berdasarkan kepada sesuatu nasihat yang diberikan daripada Perdana Menteri dalam menasihati YDPA.
Kuasa Peguam Negara yang dilantik adalah signifikan dalam menasihat YDPA, Perdana Menteri dan Kabinet berkenaan perkara dan tugas mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang di Malaysia.
Malah, tugas dan kuasa Peguam Negara juga melangkaui dalam perkara jenayah dan jelas adalah mempunyai kuasa untuk menjalankan mengikut budi bicara dengan memulakan, mengendalikan atau menghentikan apa-apa prosiding selain di mahkamah syariah, mahkamah penghulu dan mahkamah tentera.
Kuasa budi bicara itu dijelaskan secara spesifik di dalam Seksyen 376(1) Kanun Tatacara Jenayah turut memperuntukkan bahawa: “The Attorney General shall be the Public Prosecutor and shall have the control and direction of all criminal prosecutions and proceedings under this Code”.
Di dalam menafsir kuasa budi bicara yang diperuntukkan kepada Peguam Negara, pelbagai keputusan mahkamah telah menafsir kuasa budi bicara Peguam Negara dalam tindakan jenayah.
Keputusan mahkamah dalam kes Mahkamah Agung Long bin Samat & Ors v. PP [1974] 1 LNS 80; [1974] 2 MLJ 152 telah memberikan panduan bahawa budi bicara ini adalah amat luas untuk dijalankan mengikut tafsiran Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. Malah, penegasan ini juga dibuat di dalam kes Teh Cheng Poh v. PP [1979] 1 LNS 82; [1979] 1 MLJ 50 dan kes Karpal Singh & Anor v. PP [1991] 1 CLJ 183 dalam kuasa budi bicara yang telah diperuntukkan di dalam Perkara 145(3) yang telah menyatakan seperti berikut:
“The discretion vested in the Attorney General is unfettered and cannot be challenged and substituted by that of the Court’s; the reasoning and logic behind such contention is well illustrated in the cases of PP v. Lee Tin Bau, supra, Long bin Hamat v. PP [1974] 1 LNS 80; [1974] 2 MLJ 152, PP v. Datuk Harun Haji Idris & Ors [1976] 1 LNS 180; [1976] 2 MLJ 116, Poh Ching Cho v. PP [1981] CLJ (Rep) 229.”
Justeru, adalah dapat difahami bahawa kuasa budi bicara itu hendaklah digunakan sebaiknya oleh Peguam Negara dalam memastikan cabang Kehakiman seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dapat menjalankan fungsi dengan bebas dan tanpa pengaruh.
Berdasarkan peruntukan-peruntukan tersebut, pelbagai salah faham dan tuduhan dilemparkan kepada institusi mahkamah hendaklah perlu dihentikan.
Malah, mahkamah adalah suatu institusi yang bebas dan tidak mempengaruhi apa-apa tindakan yang telah diputuskan oleh Peguam Negara dalam memulakan, meneruskan dan memberhentikan apa-apa pertuduhan jenayah di mahkamah.
Namun, dalam menjalankan kuasa budi bicara Peguam Negara, persoalan yang perlu dijawab adalah sejauh manakah kuasa budi bicara itu telah dijalankan mengikut setiap fakta dan keadaan agar matlamat keadilan dan kedaulatan undang-undang adalah tercapai. – The Merdeka Times
Muhamad Hisham Marzuki adalah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).
Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel