Connect with us

Terkini

KPKM beri kebenaran sementara guna pelekat harga baharu pada kampit BPI

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah memberikan kebenaran sementara penggunaan pelekat pada kampit beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan berikutan perubahan harga baharu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KPKM beri kebenaran sementara guna pelekat harga baharu pada kampit BPI
Foto: Gambar adalah hiasan.
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah memberikan kebenaran sementara penggunaan pelekat pada kampit beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan berikutan perubahan harga baharu.
  • Bagaimanapun, kebenaran sementara ini hanya diberikan sehingga 30 November 2023.
  • Selepas tamat tempoh tersebut, pemborong hendaklah mengampitkan BPI di dalam kampit beras baharu yang mencatatkan perubahan harga yang terkini untuk dipasarkan ke peringkat peruncit.
  • “Keputusan ini telah dicapai dalam sesi libat urus KPKM bersama pemain industri beras pada 13 September 2023 ekoran pelarasan harga BPI oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada 1 September 2023.
  • “Perkara ini diputuskan secara bersama dengan mengambil kira tempoh masa dan kos yang diperlukan oleh pihak pemborong beras untuk menggantikan kampit beras lama kepada kampit beras baharu,” katanya dalam kenyataan di sini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah memberikan kebenaran sementara penggunaan pelekat pada kampit beras putih import (BPI) yang dipamerkan untuk jualan berikutan perubahan harga baharu.

Bagaimanapun, kebenaran sementara ini hanya diberikan sehingga 30 November 2023.

Selepas tamat tempoh tersebut, pemborong hendaklah mengampitkan BPI di dalam kampit beras baharu yang mencatatkan perubahan harga yang terkini untuk dipasarkan ke peringkat peruncit.

“Keputusan ini telah dicapai dalam sesi libat urus KPKM bersama pemain industri beras pada 13 September 2023 ekoran pelarasan harga BPI oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) pada 1 September 2023.

“Perkara ini diputuskan secara bersama dengan mengambil kira tempoh masa dan kos yang diperlukan oleh pihak pemborong beras untuk menggantikan kampit beras lama kepada kampit beras baharu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kenyataan ini menjawab mengenai pelekat harga baharu runcit pada kampit beras putih import (BPI) seperti yang tular di media sosial.

Bernas telah menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara pada 1 September lalu daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan sejajar dengan harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

Menurut Bernas, syarikat itu mengharungi separuh tahun pertama yang sangat mencabar disebabkan ketidaktentuan pelbagai faktor luaran seperti perubahan iklim, kadar pertukaran mata wang asing yang semakin lemah, kos operasi yang tinggi dan konflik serantau.

KPKM dalam kenyataan itu berkata, kebenaran tersebut telah dimaklumkan kepada semua pemegang Lesen Borong Beras dan Lesen Runcit Beras termasuk pihak pasar raya besar melalui surat edaran oleh Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras bertarikh 13 September 2023.

Katanya, surat ini juga telah disalinkan kepada Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

KPKM juga mengingatkan semua pemegang Lesen Borong Beras dan Lesen Runcit Beras untuk mematuhi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *