Connect with us

Terkini

Kerajaan perkasa sektor kewangan Islam Malaysia

Kerajaan akan memperkasa sektor perbankan, takaful dan pasaran modal Islam bagi mengukuhkan kedudukan negara sebagai pusat kewangan Islam global.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan perkasa sektor kewangan Islam Malaysia
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (berdiri).
  • Kerajaan akan memperkasa sektor perbankan, takaful dan pasaran modal Islam bagi mengukuhkan kedudukan negara sebagai pusat kewangan Islam global.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, Malaysia harus menerokai dasar dan memperkenal instrumen kewangan Islam baharu. 
  • Menurut beliau, ini berdasarkan prinsip diungkap Imam al-Shatibi dalam al-Muwafaqat sebagai “al-nazar ilal ma’al,” atau menjangka akibat daripada dasar, produk, aset dan perkhidmatan.
  • “Pembangunan sektor kewangan Islam di negara ini bermula sebagai produk alternatif kepada sistem kewangan konvensional yang tertakluk kepada catatan perbankan,” katanya. 
  • Katanya, Malaysia akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF2023) ke-15 pada Disember ini, bagi melanjutkan wacana mendasar mengenai sistem kewangan Islam.  

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkasa sektor perbankan, takaful dan pasaran modal Islam bagi mengukuhkan kedudukan negara sebagai pusat kewangan Islam global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, Malaysia harus menerokai dasar dan memperkenal instrumen kewangan Islam baharu. 

Menurut beliau, ini berdasarkan prinsip yang pernah diungkap oleh Imam al-Shatibi dalam al-Muwafaqat sebagai “al-nazar ilal ma’al,” atau menjangka akibat daripada dasar, produk, aset dan perkhidmatan.

“Pembangunan sektor kewangan Islam di negara ini bermula sebagai produk alternatif kepada sistem kewangan konvensional yang tertakluk kepada catatan perbankan. 

“Pendekatan ini bagaimanapun telah membataskan pencapaian hasrat Maqasid Syariah kerana penekanan yang diberi sebatas prinsip penolakan riba, tanpa melihat objektif ekonomi Islam yang lebih menyeluruh, termasuk penegakan prinsip keadilan dan penyertaan rakyat yang lebih meluas,” katanya semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini. 

Katanya, Malaysia akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF2023) ke-15 pada Disember ini, bagi melanjutkan wacana yang mendasar mengenai sistem kewangan Islam.  

Menurut beliau, persidangan itu bagi mencerakinkan permasalahan yang ada dalam usaha Malaysia mempelopori peningkatan amalan sistem kewangan Islam yang menyeluruh.

“Selain itu, kerajaan akan mempergiat konsep Perantaraan Berasaskan Nilai (VBI) sebagai usaha memacu tumpuan baharu kepada penyelesaian dan pengurusan kewangan yang lebih mampan dan sejahtera. 

“Inisiatif ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai pelabur runcit dan institusi agar turut serta di dalam industri pengurusan dana Islam. Usaha ini akan menyediakan lebih pilihan kepada pelabur dan rakyat untuk terlibat dalam kewangan Islam,” katanya. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara – Nancy

Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh DOSM menunjukkan TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.
  • “Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan TFR termasuk faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.
  • “Pada masa sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik seperti Jepun, Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand turut mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah, iaitu berada di bawah paras penggantian.

Nancy berkata sebagai respons kepada keadaan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan, menyediakan klinik merawat masalah kesuburan lelaki serta memberi insentif pengecualian cukai sehingga RM8,000 kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan.

“LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan,” katanya.

Menurut Nancy, pihaknya bagaimanapun berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak tersendiri setiap pasangan.

“Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi untuk mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending