Connect with us

Antarabangsa

Keganasan senjata api AS melepasi 500 insiden tahun ini

Keganasan tembak-menembak besar-besaran di Amerika Syarikat (AS) melepasi angka 500 insiden hujung minggu lalu, demikian menurut Arkib Keganasan Senjata Api (GVA) AS.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Keganasan senjata api AS melepasi 500 insiden tahun ini
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Keganasan tembak-menembak besar-besaran di Amerika Syarikat (AS) melepasi angka 500 insiden hujung minggu lalu, demikian menurut Arkib Keganasan Senjata Api (GVA) AS.
  • Angka itu menunjukkan purata hampir dua insiden tembak-menembak besar-besaran dalam sehari.
  • GVA dalam laman webnya menakrifkan insiden tembak-menembak besar-besaran merujuk kepada empat atau lebih individu ditembak, samada tercedera atau terbunuh, tidak termasuk individu yang menembak.
  • Jabatan Polis Denver pada Ahad lalu di platform X mengesahkan insiden tembakan yang menyebabkan lima orang cedera itu sebagai insiden tembakan ke-500 tahun ini.
  • Kajian diterbitkan Annals of Internal Medicine pada Februari lalu mencatatkan 7.5 juta individu dewasa AS menjadi pemilik baru senjata api di antara Januari 2019 dan April 2021.
  • Pindaan Kedua Perlembagaan AS menjamin warganya untuk membawa senjata api, malah satu per tiga individu dewasa AS secara peribadi memiliki senjata api.

Keganasan tembak-menembak besar-besaran di Amerika Syarikat (AS) melepasi angka 500 insiden hujung minggu lalu, demikian menurut Arkib Keganasan Senjata Api (GVA) AS.

Angka itu menunjukkan purata hampir dua insiden tembak-menembak besar-besaran dalam sehari.

GVA dalam laman webnya menakrifkan insiden tembak-menembak besar-besaran merujuk kepada empat atau lebih individu ditembak, samada tercedera atau terbunuh, tidak termasuk individu yang menembak.

Jabatan Polis Denver pada Ahad lalu di platform X mengesahkan insiden tembakan yang menyebabkan lima orang cedera itu sebagai insiden tembakan ke-500 tahun ini.

Beberapa jam selepas itu, Polis El Paso pula melaporkan penyiasatan ke atas insiden tembakan yang meragut nyawa seorang remaja 19 tahun serta menyebabkan kecederaan lima yang lain, sekali gus menambah jumlah keseluruhan insiden tembakan besar-besaran tahun ini kepada 501 kes. 

2021 setakat ini merupakan tahun pemegang rekod dengan jumlah insiden terbesar dalam sejarah AS iaitu 689 insiden tembakan besar-besaran dilaporkan dalam setahun.

Walaupun kes menurun kepada 647 pada 2022, data FBI menunjukkan kadar mangsa yang terkorban lebih tinggi.

Sebuah kajian diterbitkan Annals of Internal Medicine pada Februari lalu menunjukkan peningkatan pemilikan senjata api sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kajian itu mencatatkan 7.5 juta individu dewasa AS menjadi pemilik baru senjata api di antara Januari 2019 dan April 2021

Pindaan Kedua Perlembagaan AS menjamin warganya untuk membawa senjata api, malah satu per tiga individu dewasa AS secara peribadi memiliki senjata api.

Tinjauan Gallup pada Oktober 2022 menunjukkan majoriti rakyat Amerika menyokong kawalan senjata dengan 57 peratus bersetuju pelaksanaan undang-undang senjata api yang lebih ketat.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *