Terkini
Jangan lantik orang politik jadi Ahli Majlis PBT untuk elak rasuah – Kajian
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dicadangkan untuk tidak melantik ahli majlis yang mempunyai jawatan politik dalam usaha mengurangkan risiko rasuah dalam agensi berkenaan.

- Pihak berkuasa tempatan (PBT) dicadangkan untuk tidak melantik ahli majlis yang mempunyai jawatan politik dalam usaha mengurangkan risiko rasuah dalam agensi berkenaan.
- Melalui penyelidikan sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM), beberapa faktor dikenal pasti sebagai punca ketidakcekapan kawalan pembangunan dan sistem perancangan guna tanah, kawalan aktiviti perniagaan dan penyediaan infrastruktur dalam sesuatu kawasan PBT.
- Ketua Penyelidik, Dr Siti Sarah Sulaiman, berkata antara faktor yang dikaitkan dengan isu itu adalah kekurangan penguatkuasaan, kelemahan sistem pemantauan, campur tangan politik, rasuah dan kekurangan tenaga mahir dan berpengalaman.
- “Ahli majlis yg dilantik tidak boleh terdiri daripada orang yang mempunyai jawatan dalam parti politik atau bukan dalam kalangan orang politik. Lantikan dibuat berdasarkan merit profesionalisme sahaja,” katanya pada Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah, hari ini.
- Penyelidikan itu juga mencadangkan untuk PBT melakukan proses audit dan pemantauan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) termasuk mengadakan Pelan Anti Rasuah di setiap agensi.
SEPANG: Pihak berkuasa tempatan (PBT) dicadangkan untuk tidak melantik ahli majlis yang mempunyai jawatan politik dalam usaha mengurangkan risiko rasuah dalam agensi berkenaan.
Melalui penyelidikan sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM), beberapa faktor dikenal pasti sebagai punca ketidakcekapan kawalan pembangunan dan sistem perancangan guna tanah, kawalan aktiviti perniagaan dan penyediaan infrastruktur dalam sesuatu kawasan PBT.
Ketua Penyelidik, Dr Siti Sarah Sulaiman, berkata antara faktor yang dikaitkan dengan isu itu adalah kekurangan penguatkuasaan, kelemahan sistem pemantauan, campur tangan politik, rasuah dan kekurangan tenaga mahir dan berpengalaman.
Antara cadangan yang boleh dilaksanakan PBT adalah memastikan tidak ada elemen kepentingan politik dalam mesyuarat jawatankuasa membuat keputusan.
“Ahli majlis yg dilantik tidak boleh terdiri daripada orang yang mempunyai jawatan dalam parti politik atau bukan dalam kalangan orang politik. Lantikan dibuat berdasarkan merit profesionalisme sahaja,” katanya pada Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah, hari ini.
Penyelidikan itu juga mencadangkan untuk PBT melakukan proses audit dan pemantauan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) termasuk mengadakan Pelan Anti Rasuah di setiap agensi.
“Kita juga mencadangkan, agar bengkel atau latihan berkala berkaitan antirasuah dilaksanakan bersama SPRM di setiap PBT di negeri-negeri.
“Selain itu, kita juga menggalakkan untuk mempercepatkan pelaksanaan skim pertukaran pegawai antara pihak berkuasa tempatan, seperti menyelaraskan bidang perkhidmatan dan perjawatan gred.
“Setiap PBT juga perlu memastikan pewartaan dan pelaksanaan rancangan tempatan bagi memastikan keputusan yang dibuat seragam dan tidak boleh dicabar kerana ia adalah pelan tindakan yang perlu dirujuk,” katanya.
Siti Sarah berkata, pindaan ke atas Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]) untuk memasukkan peruntukan mengawal amalan perundingan sumbangan pembangunan melalui perjanjian perancangan.
“Setiap syarat kebenaran merancang yang ditetapkan perlulah munasabah dan berkaitan dengan pembangunan. Namun begitu ada juga amalan perundingan sumbangan pembangunan dibuat antara PBT dan juga pemaju yang mana perkara yang perlu dilaksanakan dianggap tidak munasabah tetapi sangat penting dan memberi manfaat kepada masyarakat. Justeru ia akan dipersetujui melalui perjanjian antara PBT dan pemaju,” katanya.
Laporan penyelidikan itu turut disediakan oleh lima penyelidik lain iaitu Prof Madya Dr Hartini Saripan, Prof Madya Dr Noraziah Abu Bakar, Dr Anida Mahmood, Dr Rahmawati Mohd Yusoff dan Syazni Nadzirah Ya’cob.
Sumber: bharian.com.my
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular