Terkini
JAKIM garis strategi pastikan pensijilan halal Malaysia kekal relevan
Pensijilan halal Malaysia harus memenuhi permintaan yang dinamik dan piawaian kawal selia sehingga peringkat antarabangsa.

- Pensijilan halal Malaysia harus memenuhi permintaan yang dinamik dan piawaian kawal selia sehingga peringkat antarabangsa.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata perkara itu antara strategi digariskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan evolusi pensijilan halal Malaysia sentiasa dinamik, relevan serta cekap dalam mendepani cabaran dan permintaan masa depan.
- “Integrasi teknologi juga perlu dilakukan bagi menyelaras proses pensijilan untuk mengemukakan permohonan, memantau pemeriksaan dan berkomunikasi dengan badan pensijilan halal,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis perasmian Halal Global Summit (GHaS) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
- Na’im berkata Jakim telah melaksanakan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia 2.0 dalam penambahbaikan proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menyaksikan pengeluaran bagi permohonan domestik diselesaikan dalam tempoh lebih cepat tanpa mengetepikan aspek integriti dan pematuhan syariah berdasarkan piawaian dan prosedur pensijilan ditetapkan.
KUALA LUMPUR: Pensijilan halal Malaysia harus memenuhi permintaan yang dinamik dan piawaian kawal selia sehingga peringkat antarabangsa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata perkara itu antara strategi yang digariskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan evolusi pensijilan halal Malaysia sentiasa dinamik, relevan serta cekap dalam mendepani cabaran dan permintaan pada masa depan.
Beliau berkata Jakim juga akan memastikan penyeragaman piawaian halal merentasi negara dan industri serta ketelusan dan kebolehkesanan menggunakan teknologi seperti rantaian blok untuk memantau keseluruhan rantaian bekalan dan mendidik pelanggan tentang status halal sesuatu barangan.
“Integrasi teknologi juga perlu dilakukan bagi menyelaras proses pensijilan untuk mengemukakan permohonan, memantau pemeriksaan dan berkomunikasi dengan badan pensijilan halal.
“Selain itu, kami juga melakukan penyelidikan dan inovasi untuk membantu menangani cabaran dan memanfaatkan peluang yang muncul dalam pensijilan halal serta memenuhi keperluan industri yang pelbagai, termasuk kosmetik, farmaseutikal dan peranti perubatan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis perasmian Halal Global Summit (GHaS) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam pada itu, Na’im berkata Jakim telah melaksanakan Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia 2.0 dalam penambahbaikan proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menyaksikan pengeluaran bagi permohonan domestik diselesaikan dalam tempoh lebih cepat tanpa mengetepikan aspek integriti dan pematuhan syariah berdasarkan piawaian dan prosedur pensijilan ditetapkan.
“Inisiatif penambahbaikan ini telah berjaya mempercepat proses pengeluaran pensijilan halal Malaysia yang boleh diselesaikan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima bagi permohonan domestik, berbanding seperti yang diamalkan sebelum ini iaitu 30 hari bekerja dari tarikh bayaran fi pensijilan.
“Permohonan pengilangan luar negara pula hanya mengambil masa kurang dari tiga bulan,” katanya.
Bertemakan Integriti, Kemapanan dan Ketahanan, GHaS 2023 yang dianjurkan seiring aspirasi kerajaan dalam meletakkan Malaysia sebagai peneraju halal global, bermula semalam dan akan berakhir pada 15 Sept ini. – BERNAMA
Sumber: Bernama
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas