Connect with us

Terkini

Isu gaji punca ramai rakyat Malaysia pilih bekerja di Singapura

Negara tidak mempunyai masalah bakat dalam kalangan rakyat, sebaliknya berdepan dengan isu gaji sehingga menyebabkan ramai lari ke Singapura untuk mencari peluang pekerjaan.

Wartawan TMT

Published

on

Isu gaji punca ramai rakyat Malaysia pilih bekerja di Singapura
Foto: Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.
  • Negara tidak punyai masalah bakat dalam kalangan rakyat, sebaliknya berdepan isu gaji menyebabkan ramai lari ke Singapura mencari peluang pekerjaan.
  • Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong, berkata sekiranya negara bayar dua pertiga gaji di Singapura, Malaysia tidak akan berdepan masalah bakat.
  • “Kita ada lebih sejuta rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dengan gaji rendah.
  • “Sekiranya kita boleh menghasilkan produk yang mempunyai kerumitan lebih tinggi dan membayar gaji mahal, maka ramai  boleh bekerja di sini dan bukan bekerja di Singapura,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, semalam.

KUALA LUMPUR: Negara tidak mempunyai masalah bakat dalam kalangan rakyat, sebaliknya berdepan dengan isu gaji sehingga menyebabkan ramai lari ke Singapura untuk mencari peluang pekerjaan.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong, berkata sekiranya negara membayar dua pertiga gaji di Singapura, Malaysia tidak akan berdepan masalah bakat.

“Kita ada lebih sejuta rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dengan gaji yang rendah.

“Sekiranya kita boleh menghasilkan produk yang mempunyai kerumitan lebih tinggi dan membayar gaji yang mahal, maka ramai yang boleh bekerja di sini dan bukan bekerja di Singapura,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, semalam.

Sementara itu, Chin Tong, berkata jumlah pekerjaan sektor pembuatan dijangka akan meningkat kepada 3.3 juta pada tahun 2030 pada kadar pertumbuhan (CAGR) 2.3 peratus.

Katanya, trajektori pertumbuhan pekerjaan itu mengambil kira peningkatan dalam aktiviti bernilai tambah tinggi dan industri baharu serta kesan langsung peningkatan adaptasi automasi dan pendigitalan dalam sektor pembuatan.

“Melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, gaji penengah bagi sektor pembuatan dijangka meningkat daripada RM1,976.00 (2021) kepada RM4,510.00 atau CAGR 9.6 peratus pada tahun 2030.

Advertisement

“Unjuran gaji penengah ini adalah turut berdasarkan penglibatan sektor pembuatan dalam aktiviti bernilai tambah tinggi, peningkatan produktiviti dan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi,” katanya.

Menjawab mengenai sejauh mana kerajaan mengambil perhatian dan mempertimbangkan Kelantan sebagai lokasi pembangunan ekonomi baharu, Chin Tong, berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk memastikan Kelantan sesuai sebagai lokasi pelaburan terpilih.

Katanya, antara projek dilaksanakan adalah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan yang akan mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 253,975 menjelang 2047.

“Projek itu juga dijangka meningkatkan jumlah pelancong tempatan sehingga 21.9 juta dan pelancong asing sehingga 0.55 juta ke Kelantan pada tahun 2027, peningkatan sebanyak 97.4 peratus berbanding 2019,” katanya.

Selain itu, katanya kerajaan juga menyediakan pelbagai insentif untuk menarik pelabur, antaranya insentif cukai, bantuan kewangan dan kemudahan seperti pembangunan infrastruktur di taman industri.

“Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk memastikan Kelantan sesuai sebagai lokasi pelaburan terpilih di negara ini.

Advertisement

“Hasil pembangunan Projek ECRL akan merangsang ekonomi di Kelantan termasuk kesan limpahan bagi pertumbuhan sektor-sektor lain,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending