Connect with us

Antarabangsa

Israel rancang bina tembok sempadan Jordan – Netanyahu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad mengumumkan rancangan Israel untuk membina tembok sempadan baharu dengan jirannya iaitu Jordan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel rancang bina tembok sempadan Jordan – Netanyahu
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad mengumumkan rancangan Israel untuk membina tembok sempadan baharu dengan jirannya iaitu Jordan.
  • Memetik hantaran perdana menteri itu di X, Netanyahu berkata, “Kami mendirikan pagar di sempadan selatan (Mesir) dan menghentikan penyusupan ke Israel. 
  • “(Tindakan) kami itu menghentikan lebih sejuta penyusup dari Afrika, yang (berpotensi) memusnahkan negara kami,” kata Netanyahu.
  • Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant pada Julai lalu memaklumkan kepada jawatankuasa hal ehwal luar negeri dan pertahanan Knesset, rancangan Israel membina halangan keselamatan baharu di sepanjang sempadannya dengan Jordan.
  • Pemakluman itu dinyatakan dengan dakwaan bahawa organisasi pengganas mengenal pasti Tebing Barat sebagai satu titik lemah, menyebabkan berlakunya peningkatan ancaman serangan di wilayah itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad mengumumkan rancangan Israel untuk membina tembok sempadan baharu dengan jirannya iaitu Jordan.

Memetik hantaran perdana menteri itu di X (dahulunya Twitter), Netanyahu berkata, “Kami mendirikan pagar di sempadan selatan (Mesir) dan menghentikan penyusupan ke Israel. 

“(Tindakan) kami itu menghentikan lebih sejuta penyusup dari Afrika, yang (berpotensi) memusnahkan negara kami.

“Sekarang kita akan membina pagar di sempadan timur (merujuk sempadan Jordan) dan memastikan tiada penyusupan dari situ, Kami akan melindungi sempadan kami – kami akan melindungi negara kami!,” kata Netanyahu.

Pengumuman Netanyahu itu dibuat selepas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa berjaya menghalang percubaan untuk menyeludup bahan letupan buatan Iran dari Jordan ke Israel pada Julai lalu.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant pada Julai lalu memaklumkan kepada jawatankuasa hal ehwal luar negeri dan pertahanan Knesset, rancangan Israel untuk membina halangan keselamatan baharu di sepanjang sempadannya dengan Jordan.

Pemakluman itu dinyatakan dengan dakwaan bahawa organisasi pengganas mengenal pasti Tebing Barat sebagai satu titik lemah, menyebabkan berlakunya peningkatan ancaman serangan di wilayah itu.

Pada ketika ini, pagar usang sepanjang 309km sempadan Jordan dengan Israel dan Tebing Barat dilaporkan pihak ketenteraan dan polis sebagai masih kukuh berfungsi.

Sumber: Middle East Eye

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *