Connect with us

Antarabangsa

Israel iklan, jual ‘battle-tested’ senjata bunuh rakyat Palestin di pameran senjata DSEI

Sebuah protes anjuran Kempen Solidariti Palestin (PSC) diadakan di London bagi membantah penganjuran pameran senjata antarabangsa Defense & Security Equipment International (DSEI) yang merupakan pameran terbesar di dunia dalam sektor pertahanan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel iklan, jual ‘battle-tested’ senjata bunuh rakyat Palestin di pameran senjata DSEI
Foto: Gambar pemprotes membantah penganjuran pameran senjata antarabangsa Defense & Security Equipment International (DSEI).
  • Sebuah protes anjuran Kempen Solidariti Palestin (PSC) diadakan di London bagi membantah penganjuran pameran senjata antarabangsa Defense & Security Equipment International (DSEI) yang merupakan pameran terbesar di dunia dalam sektor pertahanan.
  • Pemprotes menyeru Datuk Bandar London, Sadiq Khan yang sebelum ini turut menyuarakan penentangan terhadap DSEI, untuk membatalkan pameran senjata itu.
  • DSEI yang merupakan pameran dwitahunan itu akan bermula 12 September depan, bakal dihadiri beratus-ratus pengeluar dan pengedar senjata, termasuk syarikat yang berpangkalan atau menjalankan perniagaan dengan Israel, demikian lapor Arab News.
  • Syarikat Israel dan Tentera Pertahanan Israel menggunakan senjata dan peralatan dipamerkan di DSEI terhadap rakyat Palestin, kemudian menjual dan mengiklankannya kepada pelanggan lain sebagai ‘battle-tested’ (diuji dalam pertempuran), kata PSC dalam kenyataannya.

LONDON – Sebuah protes anjuran Kempen Solidariti Palestin (PSC) diadakan di London bagi membantah penganjuran pameran senjata antarabangsa Defense & Security Equipment International (DSEI) yang merupakan pameran terbesar di dunia dalam sektor pertahanan.

Pemprotes menyeru Datuk Bandar London, Sadiq Khan yang sebelum ini turut menyuarakan penentangan terhadap DSEI, untuk membatalkan pameran senjata itu.

DSEI yang merupakan pameran dwitahunan itu akan bermula 12 September depan, bakal dihadiri beratus-ratus pengeluar dan pengedar senjata, termasuk syarikat yang berpangkalan atau menjalankan perniagaan dengan Israel, demikian lapor Arab News.

PSC dalam satu kenyataan berkata pameran itu mempromosikan penggunaan senjata yang boleh ‘mematikan’ komuniti orang asal dan komuniti terpinggir di seluruh dunia, termasuk rakyat Palestin. 

Katanya, syarikat Israel dan Tentera Pertahanan Israel menggunakan senjata dan peralatan dipamerkan di DSEI terhadap rakyat Palestin, kemudian menjual dan mengiklankannya kepada pelanggan lain sebagai ‘battle-tested’ (diuji dalam pertempuran).

Pengarah PSC, Ben Jamal berkata DSEI “menyediakan tempat kepada rejim apartheid Israel untuk membeli senjata dan membenarkan syarikat senjata Israel menjual senjata yang dibangunkan melalui serangan ke atas Palestin kepada negara penindas lain, pameran ini harus dihentikan”.

“Kami menyeru Kerajaan Britain untuk mengakhiri perdagangan senjata antara UK dan Israel melalui sekatan ketenteraan yang menyeluruh, seperti diminta masyarakat Palestin selama ini,” katanya. 

Sumber: Arab News

Author