Terkini
Hui Ying cuba menipu dalam isu pelajar antarabangsa di SMPC – Ketua Pemuda MCA
Pemuda MCA mendakwa kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying mengenai isu pengambilan pelajar antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) pada 14 September lalu bercanggah dengan kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM).

- Pemuda MCA mendakwa kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying mengenai isu pengambilan pelajar antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) pada 14 September lalu bercanggah dengan kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM).
- Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Nicole Wong Siaw Ting berkata, Hui Ying telah mengeluarkan arahan pada 14 September lalu untuk mengeluarkan surat sokongan serta-merta kepada Jabatan Imigresen pada hari sama jika permohonan memenuhi syarat.
- “Pihak sekolah telah dimaklumkan (berkenaan status permohonan), tetapi (kementerian) tidak ada niat untuk mengeluarkan surat sokongan serta-merta. Ini bercanggah dengan arahan Lim Hui Ying (pada 14 September lalu),” kata Nicole Wong dipetik media rasmi MCA, Lan Tian.
- Nicole Wong menyifatkan kenyataan Hui Ying pada 14 September lalu sebagai pembohongan yang cuba menipu masyarakat Cina.
Pemuda MCA mendakwa kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying mengenai isu pengambilan pelajar antarabangsa di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) pada 14 September lalu bercanggah dengan kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM).
Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Nicole Wong Siaw Ting berkata, Hui Ying telah mengeluarkan arahan pada 14 September lalu untuk mengeluarkan surat sokongan serta-merta kepada Jabatan Imigresen pada hari sama jika permohonan memenuhi syarat.
“Namun, kenyataan KPM pada 16 September lalu berkata Bahagian Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan (KPM) telah menerima 25 permohonan pelajar antarabangsa antara Jun hingga Ogos dan dalam proses kajian.
“Pihak sekolah telah dimaklumkan (berkenaan status permohonan), tetapi (kementerian) tidak ada niat untuk mengeluarkan surat sokongan serta-merta. Ini bercanggah dengan arahan Lim Hui Ying (pada 14 September lalu),” kata Nicole Wong dipetik media rasmi MCA, Lan Tian.
Nicole Wong menyifatkan kenyataan Hui Ying pada 14 September lalu sebagai pembohongan yang cuba menipu masyarakat Cina.
Ketua Pemuda MCA Kebangsaan itu menuntut Hui Ying memberi penjelasan mengenai isu terbabit.
Nicole berkata prospek pendidikan Cina akan penuh dengan cabaran jika Hui Ying meneruskan amalan bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang membantu KPM mempromosikan unit tulisan Jawi di sekolah rendah Cina.
Katanya, DAP harus memainkan peranan sebagai “penjaga” mempertahankan hak dan kepentingan pendidikan Cina apabila diberi jawatan Timbalan Menteri Pendidikan dan bukannya menjadi “pembantu” KPM dan membantu “Napoleon kecil” dalam kementerian untuk terus menghakis pendidikan Cina. – The Merdeka Times
Sumber: MCA Lan Tian
