Terkini
Hampir 70 peratus isi rumah berpendapatan rendah tiada sumber kewangan mencukupi
Hampir 70 peratus isi rumah berpendapatan rendah di Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk memenuhi keperluan asas mereka setiap bulan.

- Hampir 70 peratus isi rumah berpendapatan rendah di Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk memenuhi keperluan asas mereka setiap bulan.
- Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, maklumat itu dikeluarkan oleh Bank Dunia baru-baru ini.
- Menurut beliau, situasi itu menunjukkan kesan pemulihan ekonomi selepas krisis pandemik COVID-19 masih tidak menentu.
- Beliau memberitahu, tidak dapat dinafikan sektor kewangan memainkan peranan penting dalam mendukung transformasi ekonomi mampan.
- Menurut beliau, rangka kerja ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ diumumkan baru-baru ini memperkukuhkan lagi aspirasi dan komitmen untuk menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi dengan pertimbangan yang mampan.
KUALA LUMPUR – Hampir 70 peratus isi rumah berpendapatan rendah di Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk memenuhi keperluan asas mereka setiap bulan.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, maklumat itu dikeluarkan oleh Bank Dunia baru-baru ini.
Menurut beliau, situasi itu menunjukkan kesan pemulihan ekonomi selepas krisis pandemik COVID-19 masih tidak menentu.
“Adalah jelas bahawa masih banyak perkara yang kita boleh dan mesti lakukan untuk menangani cabaran-cabaran ini.
“Ia termasuk memberi keutamaan kepada dasar-dasar untuk membina semula simpanan persaraan, menambah baik sasaran dan keberkesanan program-program sosial, meningkatkan jaringan keselamatan sosial, menggalakkan penyertaan buruh yang aktif dan memudah cara peralihan teratur untuk ekosistem yang lebih hijau,”
Abdul Rasheed berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2023, di sini, semalam.
Beliau memberitahu, tidak dapat dinafikan bahawa sektor kewangan memainkan peranan penting dalam mendukung transformasi ekonomi yang mampan.
Katanya, bagi melaksanakan perubahan pada kepantasan dan skala yang diperlukan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjelang 2030, orientasi semula keutamaan pelaburan seharusnya dilakukan agar selaras dengan prinsip-prinsip yang lebih mampan dan berasaskan nilai.
“Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan jumlah dana yang signifikan iaitu AS$4.3 trilion dalam pelaburan tahunan global diperlukan bagi mencapai sasaran SDG.
“Walaupun jumlah ini kelihatan besar, ia hanya bersamaan kira-kira 1 peratus daripada nilai keseluruhan aset kewangan AS$379 trilion yang dipegang oleh bank, pelabur institusi dan pengurus aset,” jelasnya.
Abdul Rasheed percaya, integrasi SDG dalam pelan pembangunan negara dan pemantauan pelaksanaannya akan membantu usaha meningkatkan kualiti hidup, menggalakkan pertumbuhan yang lebih inklusif dan menambah baik daya saing global negara.
Menurut beliau, rangka kerja ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ yang diumumkan baru-baru ini memperkukuhkan lagi aspirasi dan komitmen untuk menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi dengan pertimbangan yang mampan.
“Di pihak sektor kewangan, inisiatif-inisiatif baharu sedang dilakukan bagi merancakkan lagi kemajuan ke arah pembangunan mampan melalui pengenalan alat-alat bagi para pelabur mencari peluang pelaburan yang selaras dengan SDG di Malaysia dan instrumen kewangan mampan baharu untuk menambah modal,” katanya.
Sumber: Malaysia Gazette
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular