Antarabangsa
Datuk Bandar disebat ratu pondan depan kanak-kanak
Datuk Bandar Burbank, Konstantine Anthony dari Parti Demokrat, tular dalam sebuah klip video di media sosial yang menunjukkan dia disebat ratu pondan Foxxy Roxywood dalam satu acara kempen pada hujung minggu lalu.
- Datuk Bandar Burbank, Konstantine Anthony dari Parti Demokrat, tular dalam sebuah klip video di media sosial yang menunjukkan dia disebat ratu pondan Foxxy Roxywood dalam satu acara kempen pada hujung minggu lalu.
- Acara ‘Drag Queen Bingo’ diadakan pada 9 September lalu itu dikatakan acara untuk mengutip dana bagi calon senat negeri California, Kip Mueller, yang dihoskan Santa Clarita Valley Democrats.
- Video yang didakwa dirakam di depan kanak-kanak itu tular menerusi sebuah akaun media sosial Libs of TikTok yang mencapai enam juta tontonan di platform X.
- Datuk bandar yang menggelar dirinya sebagai “Mayor Spanky” menafikan dakwaan akaun media sosial itu yang mengatakan adanya kanak-kanak di tempat kejadian.
- Pengguna media sosial pantas meninggalkan komentar pada video itu mengatakan; “perkara itu comel jika kamu seorang pelawak, tetapi sebagai datuk bandar, ia sesuatu yang memalukan”.
Datuk Bandar Burbank, Konstantine Anthony dari Parti Demokrat, tular dalam sebuah klip video di media sosial yang menunjukkan dia disebat ratu pondan Foxxy Roxywood dalam satu acara kempen pada hujung minggu lalu.
Acara ‘Drag Queen Bingo’ diadakan pada 9 September lalu itu dikatakan acara untuk mengutip dana bagi calon senat negeri California, Kip Mueller, yang dihoskan Santa Clarita Valley Democrats.
Video itu tular menerusi sebuah akaun media sosial Libs of Tiktok yang mencapai enam juta tontonan di platform X.
Akaun media sosial itu mendakwa datuk bandar Demokrat itu menerima tamparan di punggung dari ratu pondan itu di hadapan kanak-kanak.
WATCH: Konstantine Anthony- the Mayor of Burbank, California, received a spanking from a drag queen in front of children at a Democrat campaign event yesterday.
Full story here! https://t.co/G6BudDFuGs pic.twitter.com/Dxb5bJ9Cuw
— Libs of TikTok (@libsoftiktok) September 10, 2023
Anthony menafikan kanak-kanak ada pada acara itu dengan mengatakan gambar tersebut adalah pada hari yang sama tetapi pada waktu yang lain.
Datuk bandar yang menggelar dirinya sebagai “Mayor Spanky” menafikan dakwaan akaun media sosial itu yang mengatakan adanya kanak-kanak di tempat kejadian.
“Sebenarnya, tiada kanak-kanak di acara peribadi 21+ ke atas ini, apa yang pasti, menipu sememangnya gaya jenama kamu,” kata Anthony menjawab di hantaran video yang tular itu.
“Kamu menipu. Di sini ada gambar kanak-kanak yang mengikuti acara itu! Dimuatnaik dalam akaun penganjur,” bidas Libs of Tiktok dipetik portal Gazette.com.
Pengguna media sosial pantas meninggalkan komentar pada video itu mengatakan; “perkara itu comel jika kamu seorang pelawak, tetapi sebagai datuk bandar, ia sesuatu yang memalukan”.
“Sesuatu yang memalukan, Bandar kami memerlukan kepimpinan (yang) sebenar,” komen seorang pengguna media sosial.
Sumber: The Gazette, Daily Mail.